Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

20.1.11

5 Editor Gambar Percuma Untuk Windows



Jika korang tak cukup bajet, tetapi nak juga guna Editor Gambar yang “kaw”, kini korang tak perlu risau lagi. Banyak Editor Gambar kat luar sana yang boleh korang download percuma.
Perisian yang akan saya nyatakan kali ini lebih basic, tetapi mempunyai aplikasi yang lengkap dan sesuai untuk korang yang peringkat intermediate.
Tetapi kena ingat, ada sebahagiannya adalah terhad dan korang kena upgrade untuk menggunakan fungsi sepenuhnya. Jom ushar :

1. GIMP

Editor Gambar GIMP 5 Editor Gambar Percuma Untuk Windows
  • GIMP (GNU Image Manipulation Program) pada mulanya adalah sebuah program kecil yang dibangunkan oleh 2 orang pelajar universiti pada tahun 1996.
  • Kini, GIMP telah mendapat sambutan hangat dan telah memiliki pengguna uniknya sendiri. Korang boleh KLIK DISINI untuk ambik GIMP.

2. Picasa

picasa 300x217 5 Editor Gambar Percuma Untuk Windows
  • Jika korang pengguna Google, mesti korang kenal dengan Picasa. Picasa adalah sebuah perisian penuh untuk edit gambar, mencari, kongsi, simpan dan sebagainya.
  • visual menarik picasa menyebabkan picasa ini mesra pengguna dan memudahkan kerja.
  • Korang boleh ambik KAT SINI

3. PAINT.Net

images 1 5 Editor Gambar Percuma Untuk Windows
  • merupakan sebuah program yang dibangunkan oleh Universiti Washington.
  • PAINT.net ini lebih menyerupai Editor Gambar yang dikomersialkan dimana ianya mempunyai aplikasi ‘layers’.
  • Selain edit gambar, program ini juga memiliki aplikasi untuk graffik dan effect API untuk membuatkan gambar korang lebih menarik

4. Image Forge

imf 300x247 5 Editor Gambar Percuma Untuk Windows
  • Image Forge memiliki kelebihan sendiri dengan set2 aplikasi untuk mewarna, edit gambar dan foto
  • Sama ada anda nak mewarna, mengubah gambar dan sebagainya, Image Forge ada semua kelengkapan tu.

5. VCW VicMan’s Photo Editor

ImageForce 5 Editor Gambar Percuma Untuk Windows
  • Perisian ini juga memang menarik kerana fungsinya lebih kurang seperti Adobe Photoshop
  • Fungsi seperti Pan, Zoom, merubah warna, dan sebagainya diambil perhatian menjadikan perisian ini mendapat sambutan
  • Tetapi program ini adalah limited dan jika korang ingin menggunakan aplikasi sepenuhnya, korang kena upgrade dulu..
Korang pilih la mana satu perisian yang menusuk kalbu. Dengan perisian percuma seperti ini korang boleh jimatkan perbelanjaan dan korang juga boleh hasilkan perniagaan sendiri dengan menjadi Editor Gambar.
Walaubagaimanapun, saya tidak menggalakkan mereka yang serius dalam bidang Edit2 gambar untuk menggunakan perisian ini selamanya. Korang kena tingkatkan kemahiran dengan perisian yang dikomersialkan. Apa pun, jika korang ada editor gambar yang lebih baik, silakan kongsi yeak. icon wink 5 Editor Gambar Percuma Untuk Windows

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...