Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

20.1.11

Bahaya Tidur Tanpa Mematikan Lampu, Sambil Menonton TV atau Mendengar Muzik



Tidur merupakan keperluan alami manusia. Dengan tidur yang berkualiti, metabolisme tubuh ditata kembali. Kita juga mempunyai kesempatan untuk melakukan regenerasi / menggantikan sel-sel tubuh yang mati.
Tahukah anda, bagaimana cara mendapatkan tidur yang baik dan berkualiti?
Salah satu caranya adalah dengan memadamkan lampu di waktu tidur (9 malam hingga 8 pagi) demi mendapatkan hormon melatonin secara maksimum!

Manusia perlu gelap
Menurut hasil kajian para saintis, tubuh manusia perlu suasana gelap untuk menghasilkan hormon melatonin. Hormon ini boleh menyebabkan mengantuk, dengan cara menurunkan sedikit suhu badan. Dari situ, proses tidur pun jadi lebih cepat, kerana biasanya suhu badan turun sekitar waktu tidur bermula. Dengan begitu , seseorang boleh tidur lelap tanpa gangguan bangun mendadak di malam hari.
Selain itu, melatonin juga membantu kita mengatasi masalah emosional hingga depresi. Ia juga berfungsi untuk menaikkan daya tahan tubuh dan mengatasi sistem kekebalan yang rendah. Ini kerana melatonin bekerja menyokong rangkaian hormon dan metabolisme di dalam tubuh yang selalu berubah seiring dengan kegiatan fizikal, keadaan mental, dan stress.
Malangnya, hormon ini mudah berhenti berproduksi. Prof. Russle Reiter dari Texas University mengatakan, “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, maka otak anda akan mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran zat melatonin akan langsung menurun.” Produksi hormon melatonin juga boleh terhenti ketika menyalakan lampu toilet, pergi melintas zon masa, diserlahkan sinar lampu jalanan, dan lain-lain.
Bagaimana jika tubuh kita tidak boleh menghasilkan zat melatonin dalam waktu lama? Akibatnya bisa fatal. Dalam artian, timbul pelbagai penyakit (insomnia, kanser, dll). Sebuah persidangan tentang anak penderita leukimia / kanser darah yang diadakan di London, Inggeris bahkan menyatakan bahawa orang boleh menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur di malam hari (berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur).
Hormon melatonin
Hormon Melatonin adalah zat yang dihasilkan oleh kelenjar pineal didalam otak yang pembentukannya dipicu oleh gelap dan berfungsi mengatur bioritme atau irama tubuh dalam hal tatacara tidur. Kadarnya paling tinggi dijumpai menjelang pagi hari sekitar jam 02.00 – 04.00 dan paling rendah di siang hari. Ini juga menjawab kenapa orang semakin bertambah usia semakin sedikit tidurnya, kerana secara semulajadi, pengeluaran hormon melatonin ini juga akan mengalami penurunan, selaras dengan pertambahan usia manusia. Penurunan yang drastik biasanya terjadi sekitar usia 40 tahun sehingga dengan menurunnya hormon ini maka masa tidurpun akan menurun dan sering memberi kesan pada kesulitan tidur.

Manfaat lain melatonin adalah sebagai anti oksidan yang larut dalam lemak dan air, meningkatkan imun tubuh menimbulkan relaksasi otot dan membantu meningkatkan mood dan menghilangkan ketegangan. Jadi sebaiknya kalau tidur lampu dimatikan agar dapat memaksimumkan pengeluaran melatonin.
Memang, ada sebagian orang yang merasa tidak selesa, atau bahkan tidak dapat tidur dalam keadaan gelap. Namun jika melihat manfaat atau kesannya, hal ini perlu diperhatikan juga. Antara lain dengan tidak tidur di bawah pencahayaan langsung (dari lampu bilik), terutama bagi anak-anak yang masih dalam masa pertumbuhan.
Bahaya tidur sambil mendengar muzik  atau menonton televisyen
Kebiasaan tidur sambil mendengar muzik, atau menonton televisyen sampai tertidur, atau membiarkan lampu di bilik menyala terang, memang sukar dihilangkan dan menurut sebagian orang keadaan seperti itu membuat mereka menjadi lebih cepat tertidur. Tetapi pada kenyataannya setelah terbangun mereka merasa lebih tegang (stress). Bahkan ada yang merasa seperti tidak tidur semalaman.

Penjelasannya: Pada saat kita tidur sebenarnyanya otak tidak pernah tidur. Otak selalu menjalankan aktivitinya walaupun tidak sesibuk seperti di saat bangun, iaitu menjalankan sistem metabolisme tubuh.
Pada malam hari, seiring menurunnya aktiviti tubuh, ritme gelombang otak pun mengalami penurunan. Namun apabila kita tidur sambil mendengar muzik, televisyen dalam keadaan hidup atau lampu bilik sedang menyala terang, maka gelombang bunyi atau cahaya yang dipancarkan oleh peralatan tersebut tetap diterima oleh indera pendengaran dan penglihatan kita. Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembusi kelopak mata dan diterima oleh retina dan lensa mata. Gelombang-gelombang tersebut akan diteruskan ke otak kita. Otak yang harusnya berehat akan kembali terangsang untuk bekerja dan memproses maklumat yang masuk.
Apabila hal ini berlangsung sepanjang malam, bererti kita hanya tidur mengikut tubuh luar, tetapi tidak menurut otak. Otak akan terus bekerja memproses maklumat yang masuk tersebut. Jadi jangan biarkan otak anda keletihan kerana tetap bekerja pada malam hari, sedangkan di siang hari otak juga akan diperah oleh kegiatan rutin kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...