Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

20.1.11

Dimensi dunia fotografi di malaysia - by zikrihusaini.com



Dimensi dunia fotografi di malaysia

shooting, dunia photographer, dimensi dunia menembak, tembak menembak, shooting, shooting camera,
Erk?? sumber gambar disini.
Ya, kita sudah sedia maklum, bidang fotografi dianggap satu cabang baru, walaupun sebenarnya sudah lama bertapak. Ramai blogger diantara kita berminat dengan dunia fotografi ini, termasuklah aku, tetapi memandangkan budget yang agak ciput, aku hanya mampu membelek-belek jer.
Penggunaaan Kodak Kamera sudah diberhentikan.
Teringat dulu zaman-zaman menggunakan kodak(filem) yang agak mahal, tak kira pulak gambar yang diambil tuh tak jadi (reject) tapi berbeza dengan sekarang ini, ambil jer gambar confirm je jadi, cuma kualiti ataupun gegaran gambar yang berlaku. Itupun boleh delete dan ambil baru dengan mudah. Itulah zaman sekarang, akan datang kita tak tahu?
Jangan ketawakan teknologi zaman dahulu, tanpa ada dahulu tak mungkin teknologi sekarang maju dan setapak semakin maju. Ingatlah, kemungkinan, orang zaman akan  datang mentertawakan kita kerana teknologi sekarang ini, siapa tahu?
Apa yang penting, penggunaan kodak mungkin sudah diberhentikan, lagipun digital kamera lebih murah kosnya, dari nak kena beli kodak yang filemnya berapa gambar, 16,32 entah tak ingat?
Obvius dengan tembak-menembak.
Bagi peminat yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi, memiliki sebuah kamera untuk tujuan tersebut pastinya menjadi kemestian dan impian. Malah, ada antara peminat gajet tersebut masih tercari-cari peneman yang benar-benar sesuai dengan bajet, kualiti, mesra pengguna tetapi mampu menghasilkan gambar yang menarik.
Bidang fotografi sering disebut-sebut.
Jika dilihat senarai harga bagi kamera DSLR (Digital Single-lense Reflex) kini yang mampu milik, ia tidak lagi mustahil untuk diperoleh peminatnya.
Biarpun anda merupakan pendatang baru bidang fotografi, ia tidak bermakna anda perlu menghabiskan puluhan ribu untuk mendapatkan sebuah kamera yang benar-benar bagus bagi mendapatkan hasil karya fotografi yang terbaik.
Kelas menembak pun ada.
Sekarang memang ada kursus, untuk bagi mereka yang betul-betul berminat dengan dunia fotografi ini. Jadinya tak salah kalau betul-betul berminat. Dan sekarang persaingan  dalam industri fotografi mula bercambah  disekitar negara kita. Kadang-kadang siap ada promotion, beli kamera + kursus. All in one pakcage katanya. Itu satu contoh strategi pemasaran yang menarik. Pastikan ia berbaloi.

4 comments:

  1. ZH: TQ very much atas infos. Akan saya laksanakan :)

    ReplyDelete
  2. minat sangt nan seni visual photografi...law blh tl ajarkan sikit huhuhuhuh...

    ReplyDelete
  3. info yang sangat berguna yang harus diketahui oleh pengamal fotografi...

    ReplyDelete
  4. tuan2.. sekadar berkongsi info
    TQ kerana layan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...