Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

13.1.11

hilangkan bau badan



Kita semua ada dua kalenjar peluh:
  1. accrine – berfungsi untuk kawal suhu badan & keluarkan sisa metabolisma
  2. apoccrine – hasilkan peluh mengandungi banyak kandungan lemak dan protein.
Bila peluh kita banyak lemak dan protien, bakteria yang ada kat ketiak kita akan uraikan peluh tu untuk dapat kan protien & lemak tu sebagai sumber makanan diorang.
6354W Muka Market Tapi Ketiak Tengik..Euuwww...
Lepas tu, sisa sisa makanan bakteria yang ditinggalkan lepas proses penguraian tu akan hasilkan sejenis bahan iaitu AMONIA. Amonia ni lah yang buat ketiak kita berbau. Amonia memang sifatnya berbau busuk ye kawan kawan semua,  jangan la nak pelik pulak apa kaitan Amonia dengan ketiak tengik.
Kita kena tahu tisu kulit kat badan termasuklah ketiak, terdiri daripada sel yang sentiasa regenerated. Means bila ada sel yang mati, sel baru akan ganti & seterusnya. Sel yang mati tu kenalah buang before sel sel mati tu membentuk lapisan nipis yang memerangkap bakteria. Bakteria beranak pinak dekat situ & makan peluh kita lepas tu terus menerus hasilkan amonia yang berbau.
So,  macam mana nak hilang bau badan tu?
  • Kita boleh guna scrub atau lulur setiap kali mandi yang boleh tolong tanggal kan sel kulit mati kita.
  • Boleh cuba guna kapur makan sebagai ganti deodorant. Sapu kat ketiak tapi tak perlu hari hari, 2-3kali seminggu & jangan sapu tebal dan banyak sebab kapur makan ni panas. Nanti bukan setakat bakteria and kulit mati je tanggal ketiak pon boleh jadi pedih macam melecet tu.
  • Jangan pilih deodorant yang ANTI PELUH. Bahan anti peluh akan sebabkan kulit tak bernafas dan menyekat peluh. Lagi banyak peluh terperangkap, lagi banyak la makanan korang bagi kat bakteria tu.
  • Kalau banyak duit, boleh beli cecair klorofil sebagai  suplemen.  Klorofil ni akan nyah toksin dari badan.Peluh tu salah satu toksin. Kurang peluh,kurang lah bakteria punya makanan!
  • Kurangkan makan pedas pedas, benda berempah, bawang putih,bawang merah dan rokok. Semua ni penambah perasa kepada bau badan.
  • Cukur lah bulu ketiak tu. Tak perlu bermurah hati sangat nak sediakan kediaman untuk bakteria2 tu. Lagi bersih ketiak kita, bacteria pon senang nak di bunuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...