Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

20.1.11

Jaga privasi anda semasa melayari internet.



Dewasa in internet telah menjadi satu keperluan dan menjadi sebahagian daripada hidup kita.Kita telah menggunakan internet untuk bekerja, bermain dan belajar. Keseronokkan melayari internet kadang-kala melekakan kita sehingga tak terasa masa berlalu. Dalam kesibukkan berinternet kita harus sedar apa dan dengan siapa kita berkomunikasi. Ini kerana di alam cyber tidak seperti alam nyata. Kita kenal nama dan rupa seseorang. Di alam cyber banyak penyamaran dan penipuan. Jadi kita harus berhati-hati dengan sesiapa yang berkomunikasi dengan kita. Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan beberapa tip bagi mengelakkan daripada diganggu dan dihendap dalam internet :
  • Jangan balas mesej yang bertanyakan  maklumat peribadi anda.
  • Jangan berkomgsi perasaan peribadi dengan orang yang tidak dikenali, melainkan anda bersedia menghadapi bahaya.
  • Pilih nama yang tidak melambangkan jantina anda apabila bersembang.
  • Simpan mesej yang mengganggu dan mengancam anda. Emelkan kepadaMalaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) di cyber999@cybersecurity.my
  • Lakukan carian ke atas diri sendiri (taipkan nama anda ) menggunakan enjin carian bagi memastikan tiada maklumat peribadi anda dipaparkan oleh orang lain.
  • Jika keadaan tidak selesa, log keluar dan layari laman web yang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...