Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

11.1.11

Melasma Punca Tompok Hitam di Muka






Melasma atau tompok hitam adalah sel-sel hidup yang membiak secara aktif. Ia mempunyai jalinan kapilari darah yang memberi nutrisi dan menghidupkannya. Jalinan kapilari darah ini membekalkan sel-sel melasma dengan oksigen dan zat yang diperlukan untuk hidup dengan aktif. Jadi adalah sukar untuk mengurangkan keaktifannya sekiranya kapilari darah ini membesar dengan aktif juga.


Oleh kerana ia berada di lapisan dermal iaitu lapisan kulit yang ke bawah maka masalah tersebut memang sukar untuk dirawat. Apabila menyapu krim, krim hanya boleh meresap di permukaan atas dan tidak sampai ke lapisan bawah kulit.

Lelaki juga tidak dapat lari daripada melasma. Melasma lebih aktif apabila seseorang bawah pancaran matahari.


Melanocytes

Ada pakar yang menyifatkan melasma seperti tahi lalat yang hidup di bawah kulit. Andaian ini amat sesuai kerana neavus atau tahi lalat juga merupakan sekelompok melanocytes yang aktif dan mempunyai salur darahnya sendirinya. Oleh itu ia hidup sebagai sel yang tersendiri. Tahi lalat yang terlalu besar atau terlalu aktif eloklah dibuang kerana ia mempunyai risiko kanser.

Sel-sel aktif yang mengeluarkan pigmen hitam dinamakan melanocytes. Fungsi utama melanocytes adalah untuk mengeluarkan pigmen yang dinamakan melanin. Kehadiran melanin memberikan warna kulit. Melanin juga bertindak sebagai penapis menghalang cahaya yang terlalu kuat yang boleh merosakkan kulit daripada masuk menembusi kulit kita.

Oleh itu bagi mereka yang mempunyai banyak melanin warna kulitnya akan menjadi gelap apabila terdedah di pancaran matahari atau pergi ke tempat beriklim panas dan apabila ia berhijrah ke tempat beriklim sejuk atau menutupi kulitnya daripada matahari maka kulitnya kembali cerah.

Dewasa ini terdapat krim pelindung matahari dan pil yang boleh diambil bagi melindungi kulit daripada matahari. Apabila kulit disapu pelindung matahari ia akan menebat atau menghalang kemasukan cahaya yang mengaktifkan melanocytes. Justeru bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti yang sering terdedah kepada pancaran matahari, perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Pemakaian skrin matahari haruslah diamalkan setiap masa.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!



Rawatan

Rawatan yang sesuai bagi melasma ialah penggunaan krim mengandungi anti-melanin. Suntikan transeminic dan pil mengandungi transeminic turut menghilangkan salur darah yang berada di bawah kulit. Apabila salur darah itu mengecut maka sel-sel melasma akan turut mengecut. Lama kelamaan melasma akan berkurangan.

Penggunaan krim yang salah hanya akan menyebabkan melasma semakin ketara kerana sesetengah krim akan merangsang salur darah menjadi lebih aktif dan kulit menjadi lebih nipis menyebabkan melasma menjadi ketara.

Melasma yang mekar kelihatan seperti bentuk kupu-kupu yang gelap di kedua dua pipi.


Penggunaan laser bagi melasma harus dibuat dengan berhati hati kerana melasma memberi reaksi yang pelbagai apabila menggunakan laser. Sesetengah melasma menjadi lebih aktif apabila terkena laser manakala sesetengahnya pula boleh berkurangan.

Penggunaan hormon juga penting kerana faktor kekurangan hormon turut menjejaskan dan membuatkan melasma menjadi aktif. Hormon yang dicadangkan ialah hormon bioidentikal yang mudah digunakan dan memberi kesan yang menyegarkan tubuh kita.

Tempoh rawatan bagi melasma sangat lama dan ada kalanya memakan masa berbulan bagi mendapat kesan yang baik. Setelah itu penggunaan krim anti-melanocyte secara berkala adalah sangat penting bagi mengekangnya. Boleh dikatakan proses menentang melasma merupakan satu perjuangan seumur hidup juga. Ia menuntut disiplin dan kesabaran yang sangat tinggi.


Pigmentasi Epidermis

Melasma berbeza dengan pigmentasi epidermis yang mudah saja cara rawatannya. Penggunaan laser jenis pixel bagi memulihkannya kebiasaannya memberikan hasil yang sangat menakjubkan.

Pigmentasi pada epidermis adalah disebabkan oleh pengumpulan melanin pada kulit kita. Melanin adalah pigmen yang terdapat pada kulit. Apabila pigmen banyak maka kulit menjadi sangat gelap.

Laser pula bertindak memecahkan melanin. Apabila melanin pecah ia akan dibuang sebagai bahan buangan dan dikeluarkan daripada kulit kita. Hasil yang baik dapat diperolehi apabila kita merawat pigmen dengan laser kerana sifat pigmen melanin yang memecah dan boleh dikeluarkan dari kulit.


Pencerah Kulit

Sekiranya anda menggunakan produk pencerah kulit yang mengandungi hydroquininone memang boleh membantu mengurangkan melasma namun apabila berhenti memakainya melasma pasti muncul kembali. Justeru itu produk itu perlulah dipakai secara berterusan. Pastikan anda berterus terang dengan doktor perihal produk yang anda gunakan kerana jika berhenti menggunakan produk akan mendatangkan kesan rebound terhadap melasma dan ini amatlah menyusahkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...