Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

21.1.11

Pemandu Bas Suka Pandu Laju | Bila Nak Insaf



thanks to : by Ezany-Kun in Berita Semasa,Informasi Agaknya bila pemandu-pemandu bas di Malaysia ni nak insaf, terutamanya pemandu bas ekspress. Ekspress tak semestinya perlu dipandu terlalu laju sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain. Untuk melihat gambar yang lebih mengerikan, lawat link berikut – tragedi 10-10-10 Terbaru ialah kes kemalangan ngeri yang membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam. Punca berlakunya kemalangan tersebut dipercayai akibat daripada Bas Ekspress Delima yang dipandu laju. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Update: Video kemalangan ngeri Bas Ekspress Delima SEREMBAN: Bas ekspres dari Melaka ke Kuala Lumpur yang terbabit kemalangan meragut 12 nyawa di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), petang semalam dikatakan dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan. Penumpang bas itu, Nur Najlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19, berkata, sebelum kejadian dia tidur, namun terjaga apabila terasa terhoyung-hayang akibat bas dipandu laju sebelum hilang kawalan. “Dalam sekelip mata, bas berpusing, terbalik dan menghempap sebuah kereta Perodua Myvi. Sejurus kemudian kami dilanggar pula oleh sebuah bas lain dari arah belakang,” katanya yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HJTS) di sini, malam tadi. Nur Najlaa yang cedera ringan di kepala dan tangan, berkata selepas itu dia tidak sedarkan diri dan hanya sedar semula apabila berada di wad kecemasan HTJS. Sementara itu, seorang jurucakap HTJS berkata sehingga jam 11.30 malam tadi, seramai 24 mangsa yang cedera dibawa ke hospital itu, termasuk seorang pelancong lelaki dari Jepun. Adakah kerana pemandu bas terlampau bosan jika bas dipandu secara perlahan? Atau mereka merasa gah apabila kenderaan yang sebegitu besar dapat dipandu dengan laju di jalan raya. Pastinya selepas ni lebih ramai yang akan fobia untuk naik bas ekspress lagi. Pesanan khidmat masyarakat kepada seluruh pemandu bas di negara Malaysia, sila patuhi undang-undang jalan raya sepertimana yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...