Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

7.1.11

SELAMAT TAHUN BARU 2011



Nampaknya memang tak sempat nak mencoretkan sesuatu dalam lembaran baru di tahun baru ni. Atas alasan kesibukan dan tiada net line, maka ia 'terhanyut' sedikit hingga ke hari ini. anyway . . selamat tahun baru sekali lagi. Semoga dimurahkan rezeki, panjang umur, sihat tubuh mental dan fizikal dll adalah antara ucapan saya untuk - keluarga dan saudara mara; rakan2 guru; rakan2 yang mengenali; rakan sekerja; rakan sekolah; rakan gereja dan sepelayanan; anak2 buah; jiran2 dll

Apa azam tahun baru ? Sememangnya ini adalah soalan basi yang masih juga terus digunakan oleh setiap individu disaat masuk ke tahun baru. Basi ke tak basi, ia masih membuatkan seseoran itu berfikir dan untuk sedar bahawa yang lama telah berlalu dan yang baru akan tiba dan apa yang nak dilakukan @ apa AZAM pada tahun semasa. Pastinya jawapan adalah jawapan standard juga kerana maisng2 mahukan yang baik2, berubah, mengharapkan yang terbaik , lulus exam dan lain2. Apapun ia, teruskan lah azam itu sebab dengan azam itu, kita sedang berusaha mengubah diri kita kepada yang lebih baik.

Mutiara kata untuk kita:
  • Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
  • Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...