Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

20.1.11

Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia - thanks to lapadeh.com



Jika korang suka melancong ke, tak pun travelling, takkan korang nak pergi tempat yang sama saja. Kadang2 tu, pergi la tempat yang orang lain jarang pergi. Tempat yang akan saya nyatakan dibawah ni.
Aneh dan unik tempat ini saya belum pasti sangat la. Artikel ini saya dapat dari sebuah blog inggeris. Tetapi mengikut fakta, tempat ini memang wujud. Korang tak percaya, tanya pak google. icon razz Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1 Jom melawat :

1. Kliluk, the Spotted Lake (Canada)

Tempat ini boleh dikatan aneh dan pelik disebabkan pada musim panas, tasik Spotted ini akan kering sehingga ternampak dasar tasik. Kadang2, tasik ini akan kering hingga kontang. Tasik ini mengandungi kandungan bahan kimia seperti magnesium sulphate, kalsium, sodium sulphates, perak dan titanium(aku pun xtau rupa bentuk benda ni.. icon razz Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1 ) Kononya, berendam dalam tasik ini boleh menyembuhkan banyak penyakit. Boleh try nnt.. icon smile Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1
Kliluk,%20the%20Spotted%20Lake%20(Canada) Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1

2. Rio Tinto (Spain)

Tempat ini sungguh menakjubkan dengan lanskapnya seperti di bulan. Walaupun nampak indah, tetapi tempat ini sebenarnya menyimpan kengerian sendiri. Kawasan lombong Rio Tinto ini tidak boleh didiami lagi disebabkan tiada sumber kehidupan. Air di kawasan ini telah tercemar teruk dengan kepekatan asid pH1.7-2.5 sedangkan pH untuk air biasa adalah 7.. Boleh terhakis bandan mandi disini ooo..hoho
rio%20tinto Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1

3. The Stone Forest (China)

Hutan batu ini dikenali sejak zaman Dinasti Ming dan disebut sebagai Keajaiban Pertama di Dunia dengan ciptaan alam yang indah dan mempersonakan. Tambah2 lagi dengan panorama yang artistic dan unik.
stone%20forest%20china Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1

4. Vale da Lua (Brazil)

Vale da Lua (Moon Valley) merupakan kolam renang yang terbentuk dari aliran air secara semulajadi. Tapi sayang belum banyak info mengenai tempat ini.
vale%20da%20lua Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1

5. The Richat Structure (Mauritania)

Salah satu tempat paling menakjubkan di Mauritania, terletak di barat daya Gurun Sahara. Tempat ini sangat luas, dan kalau dilihat dari atas, seperti lubang raksasa yang garis tengahnya mencapai 30 batu. Ramai mengatakan lubang tersebut terbentuk disebabkan hentaman meteor.
richat Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...