Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

26.1.11

Tip kurang kadar kolesterol dalam tubuh



UNTUK mengawal kadar kolesterol supaya tidak terlalu tinggi dalam tubuh seseorang, ia boleh dilakukan dengan terapi nutrisi iaitu melalui pengambilan makanan anti kolesterol yang boleh diperoleh dalam hidangan seharian individu. Hakikatnya, anda boleh membuat pilihan hidangan tepat dengan menggantikan lemak jahat dalam tubuh kepada lemak bermanfaat. Limau nipis
Antara pelbagai jenis limau, limau nipis atau lemon adalah yang paling banyak mengandungi flavonoid. Sebatian ini mampu menentang produksi lemak berlebihan selain mengurangkan risiko serangan jantung. Flavonoid boleh didapati dalam teh, brokoli, tomato, bawang (seperti bawang merah) dan delima.
Ikan Tuna
Kandungan tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon, Omega-3 secara khususnya melindungi tubuh dalam mengawal kenaikan kolesterol dan lemak jahat.
Tempe
Makanan ini kaya dengan sebatian fisoflavon yang bersifat anti kolesterol. Selain tempe, fisoflavon juga terdapat pada tauhu.
Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi banyak lemak sihat sekali gus kaya dengan vitamin E yang mampu ‘mengunci’ radikal bebas sehingga menghalang pembentukan plak pada dinding pembuluh darah bagi mencegah serangan jantung
Mangga
Vitamin C banyak terdapat pada mangga. Sumber lainnya termasuklah belimbing, aneka jenis limau, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C mencegah kehadiran kolesterol jahat dalam tubuh selain melindungi jantung daripada pembentukan plak pada pembuluh darah.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...