Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

24.2.11

Taklimat Pengurusan Fail PPD Padawan






Rekod blog saya



Ini yang dicari/ ditaip, termasuklah orang cari nama saya.

Rekod carian: Madass boleh tahan juga pencariannya


Jejak dari seluruh dunia: Tapi apa la  yang mereka tengok bila kebanyakkan nya Malaysian based

Bangkai tikus dalam kuali



KLANG: Bangkai tikus dalam kuali. Mungkin sukar dipercayai tetapi itulah yang dilihat dalam satu operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan ‘Ops Bersih 3' yang diadakan di sekitar bandar diraja ini, baru-baru ini.

 


Ada kemungkinan benda ini berlaku: 
  • kuali dibiarkan begitu sehingga tikus masuk; tapi takan tak dapat keluar pula
  • tikus terjatuh dalam kuali yang sedang dimasak dgn pelbagai hidangan
  • apa pun macam2 boleh jadi
  • jangan sampai ia disengajakan je

Bahaya telefon bimbit: Boleh jejas aktiviti sel otak



Metabolisme glukos meningkat di bahagian hampir antena

CHICAGO: Tempoh 50 minit untuk bercakap menerusi telefon bimbit yang dilekapkan di telinga, sudah cukup bagi menukar aktiviti sel otak yang paling hampir dengan antenanya.

Bagaimanapun, saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), berkata sama ada keadaan ini akan menyebabkan sebarang kerosakan belum dapat dipastikan.
Ia juga dijangka tidak dapat menyelesaikan kebimbangan dan andaian bahawa penggunaan telefon bimbit mempunyai kaitan dengan penyakit barah otak.
“Apa yang dapat kami lihat ialah metabolisme glukos meningkat di dalam otak seseorang yang terdedah dengan telefon bimbit dan paling ketara di bahagian yang paling hampir dengan antena telefon bimbit itu,” kata pakar NIH, Dr Nora Volkow. Penyelidikan beliau diterbitkan di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti reaksi otak terhadap medan elektromagnetik yang berpunca daripada isyarat telefon tanpa wayar.

Volkow berkata, beliau terkejut dengan bukti bahawa radiasi elektromagnetik yang lemah dari telefon bimbit boleh menjejaskan aktiviti otak, tetapi kajian itu tidak memberi jawapan sama ada penggunaan telefon bimbit menyebabkan barah.

“Kajian itu tidak memberi petunjuk sedemikian. Apa yang dilakukan kajian ini ialah untuk menunjukkan bahawa otak manusia adalah sensitif kepada radiasi elektromagnetik akibat penggunaan telefon bimbit.
Penggunaan telefon bimbit meningkat secara dramatik sejak peranti itu diperkenalkan pada awal hingga pertengahan 1980-an dan kini 5 bilion telefon bimbit digunakan di seluruh dunia.

Sesetengah kajian menga-itkan penggunaan telefon bimbit dengan peningkatan penyakit barah otak tetapi kajian yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak dapat memberi keputusan muktamad.

Pasukan Volkow membuat kajian ke atas 47 orang yang menjalani imbasan ketika telefon bimbit digunakan selama 50 minit, manakala satu kumpulan lagi diimbas ketika telefon bimbit dimatikan. – Reuters








21.2.11

Jay HotFM



Setiap hari dgr berita dan pelbagai cerita di HOT FM dan pembaca berita (Jay) akan sentiasa kedengaran khususnya sebelum panggilan hangit dengan kata2 . . hello saya jay . . . Rupa2nya macam ni wajah si Jay ni ye. Sebab kalau pengacara tu dah memang kira kenal la siap dgn suara2 mrk skali.

17.2.11

Penyakit: Pelbagai tanda




MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
  • Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
  • Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin
  • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk
  • Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat
  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Perut mengandungi angin.
  • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelu
  • m memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.


MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


KULIT
Peluh
  • Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
  1. Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
  2. Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  3. Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
  • Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:
  • Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
  • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman
KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:
  • Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.


TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
  1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
  2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.

10 Ways to boost your Good Cholesterol ( Contributed by CHM )




10 Ways to Help Boost Your "Good" Cholesterol:

What many people don't know is that some diet and lifestyle
changes may help to increase "good" cholesterol levels.
Here are some of the contenders:

1. Orange Juice. Drinking three cups of orange juice a day increased HDL levels by 21% over three weeks, according to a small British study (at 330 calories, that's quite a nutritional commitment). This study could be highlighting an effect from high-antioxidant fruits and vegetables. Stay tuned in the years to come.

2. Niacin. There is some evidence niacin (vitamin B3) helps increase HDL. Michael Poon, MD, chief of cardiology at the Cabrini Medical Center in New York, says people with low HDL levels might benefit from taking 500 milligrams of niacin each day, building up to 1,000 milligrams a day. But he warns that supplemental niacin "can have some side effects and is not for everybody, particularly for people who already have high HDL levels. "He says anyone taking niacin supplements should be monitored by a doctor. Short of supplements, many foods contain niacin as well. Here are a few:
Food Amount of niacin
White-meat chicken, 3.5 oz cooked 13.4 mg
Mackerel, 3.5 oz cooked 10.7 mg
Trout, 3.5 oz, cooked 8.8 mg
Salmon, 3.5 oz cooked 8 mg
Veal, 3.5 oz cooked about 8 mg (ranges from 6.4-9.3)
Dark-meat chicken, 3.5 oz cooked 7.1 mg
Lamb, 3.5 oz cooked 6.6 mg
White-meat turkey, 3.5 oz cooked 6.2 mg
Ground beef, 3.5 oz cooked 5.3 mg
Peanuts, 1/4 cup 5.3 mg
Pork, 3.5 oz cooked about 4.8 mg (ranges from 4.1-5.4)
Peanut butter, 2 tablespoons 4.4 mg
Beef steak, 3.5 oz cooked about 4.1 mg (ranges from 3.6-4.5)

3. Glycemic Load. The glycemic load is basically a ranking of how much a standard serving of a particular food raises your blood sugar. And as the glycemic load in your diet goes up, HDL cholesterol appears to go down, according to a small recent study. Along these lines, the NCEP report recommends that most of our carbohydrate intake come from whole grains, vegetables, fruits, and fat-free and low-fat dairy products. These foods tend to be on the lower end of the glycemic scale.

4. Choosing Better Fats. Replacing saturated fats with monounsaturated fats can not only help reduce levels of "bad" cholesterol, it may also increase levels of "good" cholesterol, according to the Food & Fitness Advisor newsletter from Cornell University's Center for Women's Healthcare.

5. Soy. When substituted for animal based products soy foods have heart health benefits. Soy products are high in saturated fats and low in unsaturated fats, soy products are also high in fiber. An analysis found that soy protein, plus the isoflavones found in soy "raised HDL levels 3%, which could reduce coronary heart disease risk about 5%," says Mark Messina, PhD, a nationally known soy expert. Messina notes that soy also may lead to a small reduction in LDL cholesterol and triglycerides (another type of blood fat), and a possible enhancement in blood vessel function. Other studies have shown a decrease in LDL cholesterol (about 3%) and triglycerides (about 6%) with about three servings of soy a day. That adds up to 1 pound of tofu, or three

6. Enough Time. Make sure you give soy some time. An analysis of 23 studies on soy found that improvements in HDL cholesterol were only seen in those studies lasting longer than three months.

7. Alcohol in Moderation. Drinking moderate amounts of alcohol, especially with meals, appears to do two things to help reduce heart disease risk. According to researcher Byung-Hong Chung, PhD, it increases HDL cholesterol levels, and enhances the movement of cholesterol deposits out of cells in the artery walls.

8. Aerobic exercise. At least 30 minutes on most days of the week is the exercise prescription that can help raise your HDL, according to many health care professionals.

9. Stopping smoking. Experts agree that kicking the habit can increase your HDL numbers a bit, too.

10. Losing weight. Being overweight or obese contributes to low HDL cholesterol levels, and is listed as one of the causes of low HDL, according to the NCEP.

11.2.11

Wanita - Pelbagai cerita dan info khas untuk golongan HAWA ?




Kepelbagaian hal mengenai wanita. Jangan mare nye. untuk info je :)

Make up :
  1. memang wajib ada; sama ada asas atau over punya; 
  2. ambil waktu lama untuk prepare kalau nak jalan; 
  3. dalam handbag pun ada bende2 ni; 
  4. akan ke toilet untuk touch up; 
  5. akan sentiasa dan wajib tengok cermin dimana2 shj, dalam kereta, di kedai, shopping complex dll
Pakaian :
  1. kalau status sederhana dan tinggi, almari sampai 2-3 utk pakaian shj; 
  2. wajib buat pelbagai jenis baju hingga 4-5 pasang setahun. ada juga yang lebih kot
  3. harus ada pelbagai jenis baju utk pelbagai jenis occasion, siap dgn kepelbagaian warna
 Makan2
  1. Wanita juga 'hebat' makan. Selalunya masyarakat melihat lelaki sahaja yang kuat makan, apatah lagi jika 'boroi' dah nampak.
  2. Ada yang suka makan sikit itu sikit ini tapi jika dicampur banyak juga tu.
 Jalan2
  1. Wanita memang suka jalan2. Tujuan paling umum adalah utk window shopping tapi kadang2 beli juga. biar guna kredit kad dulu
  2. Namun ada juga wanita yang suka jalan2 utk rehatkan minda setelah penat dgn kerjaya @ berada dirumah sepanjang masa
  3. Ada juga yang ambik kesempatan utk makan diluar n x perlu masak di rumah.
  4. Ada juga yang menjadikan aktiviti ini sebagai masa berkualiti bersama suami dan anak2
 Cakap
  1. Normal . . . jika wanita byk cakap. Tapi ada juga personaliti yang kurang cakap n cakap bila keadaan perlu sahaja. Cuma yang tidak disenangi orang ialah bila wanita itu ckp2 dan mula mengungkit2. ha   itu yang buat sakit hati sebenarnya. Dan jangan salahkan suami pula jika dia mula keluar dan menjauhkan diri. Kira nak tenteramkan dia dan biar isteri tu layan sendiri la. Sebab nanti ok la tu.
  2. Ada juga yang kerja dia suka sangat mengumpat dan mengkritik. Ini bahaya ni, tapi kalau kena dgn kawan lain juga suka benda yang sama maka jadilah mereka geng rapat. Nak tau anda suka umpat atau kritik . .  lihat dan dengarlah bahan perbualan dan topik anda setiap hari. Kalau cerita politik, maka anda memang minat politik. Kalau pasal masak pun cam tu juga. So kalau pasal gossip arr lebih kurang sama juga. anda akan tahu siapa anda
 Kepimpinan
  1. Rata2 wanita mahu agar mereka dipimpin oleh suami. Kenapa? Sebab ia dah mindset masyarakat dan satu keperluan dari segi agama. Namun ada juga dewasa ini dimana sifat ini mula berubah dimana wanita lebih berperanan dalam aspek ini. Tak boleh la cam tu. Apa pun kalau di office cam tu. Elok di rumah jangan la sebab anak2 akan melihat dan menilai dan akan menyukarkan pengurusan diri dan disiplin anak2
  2. Wanita berpendirian sedemikian kerana faktor pandangan masyarakat, aspek keselamatan jika dijaga oleh suami. Namun yang membuat si lelaki rimas bila wanita itu mula mengada2 atau melebih2kan ketakutan sehingga si suami mula jelek. so kena fikir2lah sendiri ye agar rukkun rumah tangga anda semua
Romantik
  1. Rata2 wanita suka hal2 yang menyenangkan dari segi emosi sehingga semua benda disebut sebagai romantik. Tak kurang juga yang menolak hal berikut walaupun segelintir sahaja. Ada juga yang hanya melihat romantik itu dari segi cinta kasih sahaja, wal hal ia berlaku dimana2 sahaja dan tidak dilihatnya. Yang dia nak ialah hari valentine, special dinner, coklat dll. Itu sesuatu yang extra sebenarnya dan elok dilakukan sekali sekala. Kasihan la si suami yag dah papa kedana menjadi tension dalaman dgn kosnya pula. Jadi ubah mindset anda agar melihat romantik itu dari sudut yang lebih luas dan sihat
  2. Wanita suka kejutan - tapi ada juga yang tidak suka benda2 yang mengejutkan ini sehingga boleh mencetuskan amarah. Tak pasal2 pula rumahtangga porak poranda. Sedangkan pada mulanya si suami nak buat sesuatu yang dianggap romantik tapi lain pula jadinya. Namun itulah realitinya ramai yang suka sesuatu yang elok, baik, melibatkan emosi dan surprise.
bersambung . . .

Antivirus . . . Jangan pasang banyak sangat



Pilihan terbaik sekirannya anda berminat nak beli Antivirus.pilih Kaspersky Internet security ataupun Bitdefender.

Jangan pasang banyak sangat Antivirus.. ada yang orang cakap, install lebih daripada satu antivirus memberi perlindungan yang hebat. ye ke? xde la. Kalau install banyak-banyak Antivirus, Antispyware, Antimalware dan apa-apa lagi, kemungkinan besar terdapat konflik pada software tersebut.. dan berisiko mendapat Blue screen of Death iaitu.. Error Failure on system Startup.. bila dah jadi macam tu.. jawabnya format la komputer tu.

dan . .bukan semua malware boleh dibuang macam tu je.. ada setengahnya bukan setakat blok save mode pada computer malah tak bagi anda usik apa-apa pun.. dan hanya menunggu kemusnahan data yang teruk..

Blog dijangkiti virus



Tadi saya terbaca satu info dari blog di web. Amat merisaukan bila memang ramai pakar komputer yang boleh buat apa sahaja pada sistem komputer kita. Satu daripadanya adalah VIRUS dalam Blog sama ada blog mereka atau jangkitan pada blog kita. Untuk itu penyelesaian terbaik adalah dgn menggunakan AVirus yang ada internet security. Banyak benda yang akan menghalang mereka untuk merosakkan komputer kita. Virus trojan mungkin senang menjangkiti blog anda

Tapi kalau komputer itu lebih kepada penggunaan di rumah sahaja dan main games biasa2 di rumah je. Maka elok guna yang biasa2 je

Masalah Komputer : selalu 'restart' secara automatik



Jika Restart?

Jika komputer anda selalu 'restart' secara automatik maka ketahuilah yang masalah ini sebenarnya melibatkan 'software'. Jalan penyelesaian terbaik ialah 'format' komputer dan 'install' balik semua 'software' yang ada.

Jika Turn Off?

Jika komputer anda selalu 'turn off' secara automatik maka masalah yang berlaku biasanya melibatkan 'hardware'. Walaubagaimanapun, Kami akan cuba 'format' terlebih dahulu dan jika masalah sama masih berlaku maka kerosakan yang dihadapi adalah melibatkan 'hardware'. Jika laptop/notebook anda menghadapi masalah sebegini lebih baik bawa jumpa juruteknik untuk diperiksa. Jika anda memiliki dekstop maka anda boleh uji dan kenal pasti sendiri apa punca kerosakan antaranya:

Processor yang terlampau panas. Apa yang anda perlu buat ialah bersihkan 'heat sink' dan letakkan 'thermal paste' antara processor dan 'heat sink'.
Masalah motherboard. Kemungkinan ada diantara cip yang ada di motherboard sudah terbakar.
Kad grafik yang rosak. Cuba ambil kad grafik yang boleh guna dan pasang di komputer anda.

3 perkara di atas adalah masalah biasa yang melibatkan komputer 'turn off' secara automatik.

Cip Komputer : Jika ia rosak



Bagaimana nak tau jika cip rosak atau motherboard rosak (Cip ialah objek yang berwarna hitam dan melekat di papan litar)

1: Sentuh semua cip yang ada semasa komputer anda masih berjalan. Jika  ia tterlampau panas maka memang pasti motherboard anda bermasalah.

2: Lihat kapasitor di motherboard. Jika ia terbuka dan seolah-olah terbakar maka memang pasti 'motherboard' komputer anda bermasalah.

Antivirus: Uninstall dan install AV baru



Inilah adalah beberapa cara melaksanakan tugas2 berikut

1: Untick / unable antivirus semasa di icon Taskbar

2: Uninstall -  Guna kaedah: start/ Control Panel/ Add or Remove Programs (Windows XP)/ highlight antivirus/ remove @ uninstall. ‘restart’ komputer kadang2 perlu.

3:REGEDIT: seterusnya - start/ Run/ taip ‘regedit’/ pilih HKEY_LOCAL_MACHINE/ klik pada  bahagian SOFTWARE / klik folder antivirus lama / ‘Delete’ seluruh ‘folder’

Main game guna LAPTOP, ok ker??



Ramai yang guna laptop dewasa ini utk buat mcm2 benda termasuk main games guna laptop. Bukan apa, dah 1 tu jer komp ada kat rumah dan sentiasa dibawa kemana2 plak tu. So jalan senang, game spun d install kat sana. Namun ia memberi kesan (-) kepada jangka hayat laptop. Kenapa?

  1. Keyboard akan cepat rosak. Maklum la sensitif dan button pun kecik n comel lote je
  2. Motherboard rosak - ini kompom la sbb kalau asyik ketuk2 kuat dan panas selama berjam2 maka lama2 motherboard pun rosak dan mula buat hal. Last2 rosak n malas pula nak repair. Then beli baru plak. adeeehhhhh

Komputer: Kena buat 3 partition?



Bila saya baca n keep searching ttg komputer, ramai yang suka buat 3 jenis partition iaitu OS utk C, Data 1 dan Data 2 utk partition lain lagi sama ada untuk data atau software. Fikir2 ok la tu sbb OS akan lebih ok dan data akan lebih tersusun

Fail dan folder HILANG. Kenapa?



Bagi  pakar komputer benda ni cepat mereka ramal puncanya tapi bagi pengguna biasa,, mereka x tau. 
ada yang akan gabra bila melihat fail mereka dah xde kat tempat asal.
Adapun cara atasinya adalah dgn cara tick/untick ‘Show hidden files and folders’. dan buang tanda pada  dua pilihan di bawahnya iaitu ‘Hide extentions for known file types’ dan ‘Hide protected operating system files’.

2 cara mudah jaga komputer secara BASIC




  • Disk Defragmenter :  START / ALL PROGRAMS / ACCESSORIES/ SYSTEM TOOLS / DISK DEFRAGMENTER. fungsinya adalah dimana fail2/ folder2 akan disusun. Ala kira macam fail2 di office la. bila dah disusun maka senang untuk kita cari kembali selain lebih cepat. Kalau dah berterabur atas meja dan atas kabinet, payah la nak cari

  • Disk Cleanup : START/ ALL PROGRAMS/ ACCESSORIES/ SYSTEM TOOLS / DISK CLEANUP. banyak benda2 remeh temeh akan dibuang dan mempercepatkan sistem anda

Membuka Dokumen Word yang Corrupt



Semasa anda membuat kerja dengan Microsoft Word mungkin anda pernah mengalami hal ini iaitu ia tiba-tiba rosak dan tak dapat dibuka.

File yang rosak tersebut mungkin masih dapat diperbaiki dengan Text Recovery Converter. Caranya menggunakannya sebagai berikut:

1. Buka program Microsoft Word, lalu klik [File] > [Open].
2. Pilih file dokumen yang rosak tersebut.
3. Klik panah kecil yang ada di sisi kanan butang [Open].
4. Pada menu drop down yang terbuka, pilih [Open and Repair].
5. File anda yang rosak akan terbuka kembali. Tapi perlu diketahui, tahap keberhasilan perbaikan ini bergantung dari seberapa besar kerosakan file anda.

Buat Kad Nama dengan menggunakan Microsoft WORD



Begini langkah-langkahnya:
  1. Aktifkan aplikasi Word anda dengan mengklik ikon Microsoft Word yang ada di menu [Start] > [Programs] > [Microsoft Office Word].
  2. Untuk membuat kad nama, klik menu [Tools] > [Letters and Mailings] > [Envelope and Labels] yang terdapat pada toolbars “Commands Menu”.
  3. Setelah muncul tetingkap “Envelope and Labels”, klik pada tab [Labels] untuk mulai membuat data pada kad nama anda.
  4. Tuliskan data anda pada ruangan teks di bawah label “Address” dan atur ukuran kad nama anda pada butang “Options”.
  5. Sebagai contoh nampak pada gambar bahawa kad menggunakan tipe “Avery Standard 3612” untuk “Business Card”.
  6. Lalu pada kotak [Print] beri tanda pada butang radio [Full page of the same label] agar kad nama anda tercetak dalam satu lembar kertas ukuran A4.
  7. Klik butang [New Document] agar anda dapat melihat bentuk dari kad nama dalam bentuk satu helai kertas ukuran A4. Biasanya, pada satu helai A4 akan diperoleh 8 keping kad nama.
  8. Setelah muncul kad nama dalam satu helai A4, Anda dapat memberikan gambar latar yang berbeza-beza untuk setiap kad nama Anda.

CD/ DVD player ROSAK. Kenapa arr ?



Sebabnya:
  1. 'Laser optical drive' yang rosak/ tidak boleh dibaca.
  2. 'Connector' rosak.sehingga tidak dapat dikesan motherboard
P/s:

  • Kalau player stuck, guna pin kecil dan cucuk lubang kecil di cd/dvd player untuk mengeluarkan CD anda
  • Kalau jam, tekan button cd/ dvd di player dan cd anda akan dikeluarkan

Kerajaan diminta taja separuh harga tiket kembali ke Mesir - info BH



SEPANG: Ibu bapa beberapa pelajar Malaysia di Mesir meminta kerajaan memberi pertimbangan bagi menaja sekurang-kurangnya separuh harga tiket penerbangan untuk kembali ke negara itu apabila keadaan semakin pulih.

Seorang penjawat awam, Husin Ibrahim, 55, berkata tidak semua ibu bapa mampu membeli tiket penerbangan untuk menghantar anak mereka kembali ke Mesir.

Ubah Blog Aku



Tiba2 pula terfikir nak tukar head banner blog aku. dah lama sangat kot guna banner tu. sejak 2008 lagi. So nampak gaya semua baru la kot. termasuk upgrade kapcai aku hikhikhik. tukar sport rim n masukkan cover body baru. warna pun dah tukar. Layari blog ini dari semasa ke semasa.

Kapcai Berubah Wajah









Setelah 16 tahun, akhirnya kapcai ku berubah wajah, dengan perubahan body cover dari biru tua kepada biru muda yang lebih moden. Rim pun kena tukar. Bukan apa bila dah lama sangat boring pula dah. Kot2 ada yang nak beli cover ori tu utk korang spray dll,

PENUMPANG lelaki naik koc wanita



info: Berita Harian Online  

PENUMPANG lelaki naik koc wanita patut kena tindakan: Perbuatan penumpang lelaki terutama warga asing menaiki koc komuter yang disediakan khas untuk golongan wanita bukanlah kali pertama berlaku, malah ia sering kali dipaparkan media. Namun, keadaan itu tetap berulang.

924 guru besar terima ganjaran



Oleh: Magendran Rajagopal
Bai’ah turut iktiraf pendidik paling cemerlang: Muhyiddin

PUTRAJAYA: Seramai 924 guru besar dari seluruh negara bakal menerima ganjaran RM7,500 seorang kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Bai’ah).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mengikut tawaran itu, lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang.
Nama mereka yang layak menerima ganjaran itu dijangka diumumkan pada pertengahan tahun ini, berkemungkinan besar selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan, pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal dua peratus bagi 2010.

Katanya, Jemaah Nazir sedang membuat pengesahan mengenai prestasi 924 guru besar yang disenarai pendek bagi Bai’ah yang melayakkan mereka menerima ganjaran kewangan berasaskan prestasi itu.

“Walaupun bajet yang kita sediakan untuk Bai’ah, yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan ini hanya dua peratus, semua yang layak tetap mendapat ganjaran dan jumlahnya kita akan tentukan nanti.

“Dari segi pencapaian keseluruhan pula, kita sudah bentangkan NKRA bagi kementerian ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada satu perjumpaan dua minggu lalu dan beliau berpuas hati dengan prestasi dalam empat perkara yang menjadi tanggungjawab kami iaitu prasekolah, literasi dan numerasi (LINUS), sekolah berprestasi tinggi (SBT) dan Bai’ah.
“Semuanya berjaya melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kecuali bagi LINUS kerana ada pelajar berkeperluan khas, umpamanya yang ada masalah pendengaran dan perlu bimbingan tambahan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan perutusan khas Menteri Pelajaran kepada warga Kementerian Pelajaran, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud.

9.2.11

Gaya blog menarik dan menaikkan rating



  • First impression : design dan gaya blog mesti menarik, mesra pengguna
  • Entri : tajuk mesti menarik dengan penulisan gaya sendiri
  • Entri: kalau ada isu2 panas, letop kan lagi dalam tajuk dan bahan ceritanya
  • gambar kena ada - boring la kalau teks sahaja.
  • Rajin2 la komen2 serta ziarah blog orang lain 
  • Navigasi kena mesra pelanggan ler
  • Update selalu ler spy orang tertunggu cerita seterusnya. Kalau aku tengok tahun masih 2010 . . malas la aku nak jengok lagi

7.2.11

Strategies in Anger Management




1. Breathe deeply from your diaphragm;
2. Slowly repeat a calm word or phrase such as "relax", "take it easy". Repeat it to yourself
3. Visualize a relaxing experience through imagination.
4. Yoga-like exercises can relax your muscles and make you feel much calmer.


Senarai-senarai website yang mempunyai jawatan-jawatan kosong




1) http://www.spp.gov.my/
2) http://myadha.blogspot.com/
3) http://www.jobsdb.com.my/Malaysia/
4) http://www.jobsmalaysia.gov.my
5) http://www.gov.my/
6) http://www.jobstreet.com/
7) http://findkerja.blogspot.com/
8) http://www.jawatankosong.com.my/
9) http://www.dbp.gov.my
10) http://www.pendaftar.upm.edu.my
11) http://www.usim.edu.my
12) http://www.spa.gov.my
13) http://vacancynews.blogspot.com/
14) http://nstpclassifieds.nstp.com.my/
15) http://lowongankerjas.com/job/
16) http://www.jawatankosong.biz/
17) http://malaysiancareer.com/
18) http://www.kerja.com.my/
19) http://kerja4u.blogspot.com/
20) http://www.elx.gov.my/
21) http://jtksm.mohr.gov.

Semoga berjaya

Beware of Internet Banking FRAUD




Maybank does not send email that requires customer to update their 'Biodata', 'To Re-activate Account', or 'On Account Being Blocked'.

View jelas sewaktu memandu



Pakai cermin mata : tujuan nya adalah bagi menutup kadar cahaya terang yang masuk kesan terkena hujan/ air di cermin dan pancaran cahaya matahari @ lampu. CUBA LAH
  • eloklah kalau ia terang sikit, agar tak la gelap sangat pemandangan kita
  • kalau warna2 pun ok juga
  • tapi kalau orang tgk semacam je pandai2lah buat sesuatu. mana tidak, masakan guna cermin mata hitam sewaktu hujan dan waktu malam. gila kot . .

BERHATI2 !!! PENIPUAN





Bila ada yang menjual barangan di lelong @ mudah.com dll, ada pula yang mengambil kesempatan terhadap benda2 ni. Saya sekali terleka sebab ingatkan orang betul2 nak beli n of course sebab kita nak jual, kena layan la juga. bila dah selalu email/ interaksi . . nampak dah macam pelik, kalau mula2 dia kata dari UK, US dll, sekarang dah tukar ke Nigeria pula. Memang selalu macam tu, kat Nigeria banyak email penipuan. I dah lihat macam ada yang tak kena. Dia minta akaun no sebab nak bayar (relax je n macam tidak berhati2). Saya pun bagi tapi ubah sikit no akaun. Kemudian dia bagi email yang dia akan email, then kata dia dah bank in, then kata lagi pihak bank dah approved (tidak ambil masa lama lagi tu. bukan apa antara negara ni. mana bank kita sama). then minta i hantar barang. i jawab la i kena tunggu perubahan dalam akaun i. then, alasan dia, pihak bank masih pending tapi minta i hantar barang juga. Masa ni tak payah cerita la, gerenti dah menipu punya. apa lagi i bagi kow2 la, teguran dan nasihat. Sampai sekarang email tak masuk2 lagi.

Selalunya sebelum ni, banyak email yang masuk dan mengatakan ada sejumlah akaun dalam bank orang dah meninggal la n tak terambil then dia minta kita uruskan dan bagi akaun kita supaya dia boleh masukkannya agar boleh dibagi 2 nanti. Tapi akhir2 nanti, dia akan minta sejumlah duit untuk urusan ke dalam akaunnya. Itulah penipuannya.

EMAIL 1 :
Ref: UK/9420X2/68 Batch Number: 074/05/ZY369
Your mail-Address has won £750,000.00 credited to file Ref: UK/9420X2/68
in the Irish National Lottery online draw.
Please acknowledge the receipt of this mail with the details below to
Mr.Derek White
E-mail:derek_whitedesk@hotmail.com
Name ...........*Address:....*City/State...Country:...*Sex:..*Tel:.*Occupation:.....
Mrs. Joan Parker
Online Coordinator

EMAIL 2:
Agent Name: Mr. Edward Parker. Email: ( edwardparker.01@msn.com)
This is to inform you that you have been selected for a cash prize of 1,500,000
(British Pounds) held on the 12th of March 2009 in London (United Kingdom).Theselection
process was carried out through random selection in Our computerized email selection system (ESS) London Uk. Fill the below:
1.Name:
2.Address:
3.Country of Residence:
4.Telephone Number:


So buat anda yang selalu online, hati2 la.

Jika anda terlalu sibuk dan badan mula terasa sakit



  • Jika anda terlalu sibuk dan badan mula terasa sakit, ada cara boleh dilakukan untuk merehatkan badan tanpa meninggalkan tempat duduk iaitu:
  • Angkat bahu dan cuba rapatkan bahu ke telinga. Tahan beberapa saat dan kembali ke kedudukan asal. Ulang 10 kali atau sehingga ketegangan di bahu terasa reda.
  • Goyang dan pusingkan pergelangan tangan selama 30 saat dan ulang beberapa kali. Ini penting untuk mengelak mengalami kesakitan pada pergelangan tangan akibat terlalu banyak menaip.
  • Tarik nafas dalam-dalam dan tahan beberapa saat. Lepaskan perlahan-lahan dan ulang lima hingga 10 kali.
  • Tegangkan seluruh badan — genggam tangan, ketap gigi dan pejamkan mata. Tahan beberapa saat dan rehatkan seluruh badan. Bagaimanapun, lebih baik jika senaman ini dilakukan ketika anda bersendirian, bimbang ditertawakan rakan sekerja.
  • Gosokkan tapak tangan hingga terasa panas. Letakkan tapak tangan pada mata selama beberapa saat. Kaedah ini boleh merehatkan mata yang letih.

Panduan mengurangkan tekanan:



Cara mudah urus tekanan




cara mudah dan sihat untuk menguruskan tekanan seperti:

  • Mandi air suam untuk merehatkan otot yang tegang.
  • Baring dan buat senaman pernafasan iaitu dengan menarik nafas dalam-dalam, tahan beberapa saat dan hembuskan nafas perlahan-lahan. Ulang beberapa kali hingga anda tenang.
  • Jika ada keinginan untuk makan, fikirkan dulu apakah makanan yang anda mahu dan manfaatnya kepada anda.
  • meluahkan masalah dengan bercakap dengan rakan dipercayai atau menuliskannya dalam buku.
  • membeli-belah. 

Nak Sihat ? Waktu tidur terbaik . . .



  • Jawab telefon menggunakan telinga kiri
  • Elakkan minum kopi 2 kali sehari
  • Elak makan pil dgn air sejuk
  • Elak makan berat selepas jam 5pm
  • Kurangkan pengambilan minyak dalam sebarang makanan
  • Minum lebih air pada waktu pagi dan kurangkan pada waktu malam
  • Jarakkan diri anda dengan charger HP
  • Elakkan menggunakan earphone pada kadar yang lama
  • Waktu tidur terbaik adalah pada jam 10pm - 6am
  • Jangan terus baring selepas mengambil ubat khususnya sebelum tidur
  • Bila bar bateri 1 sahaja, elakkan menjawab kerana radiasi adalah 1000 kali lebih kuat.

Komputer: Langkah-langkah pencegahan



  • Sentiasa update software
  • Berhati2 ketika mengangakat/ pindah komputer dan jaga harddisk dgn baik
  • RAM: elakkan memegang terus kerana aliran cas elektrik dari badan boleh menyebabkan memori bermasalah. 
  • Elakkan diletak berdekatan dgn magnet
  • Jangan menutup aliran kipas kerana komputer akan mudah panas sehingga menyebabkan kerosakan pada motherboard dan komponen lain yang sensitif
  • Elak menyambing komputer terus kepada plak di dinding. Guna Extension Cable Power dulu dan guna pula Automatic Voltage Regulator / Uninterrupted Power Supply(UPS).
  • elok sambung Internet Conncetion kepada Surge Protector juga bagi menggelakkan terkena aliran arus kuat jika ada kilat.

harga minyak naik Jun 2008



Akibat kenaikan harga minyak Jun 2008, Turunkan 15 + 10 sen – TIADA KESAN. HAKIKATNYA RAKYAT SENGSARA DENGAN KEADAAN DI BAWAH :-
  1. Inflasi meningkat 8.5 %
  2. terburuk dalam tempoh 27 tahun
  3. Kos makan dan minuman bukan alkohol meningkat 11.7 %
  4. Bulan Ogos kos pengangkutan yang melonjak 21.8 %
  5. Bulan Ogos kos restoran dan hotel yang meningkat 6.5 %v
Fikir2kan. . .

2.2.11

Mofaz unjur jual 3,000 Madass 125



KUMPULAN Mofaz menampilkan pilihan motosikal berkuasa 125cc di pasaran tempatan, iaitu Madass dengan sasaran jualan 3,000 unit menjelang hujung tahun ini.

Motosikal berteknologi Jerman dibawa masuk dari China dan dipasang serta diedarkan unit motosikal kumpulan itu, Mofaz Motosikal Sdn Bhd (Momos), dijangka menawan hati peminat motosikal tempatan berdasarkan rekaan menarik dan inovatif.
Presiden Mofaz, Mohamed Fauzy Abdul Hamid, berkata dengan harga di bawah RM6,000 seunit, Madass 125 mampu membantu meningkatkan penguasaan Momos dalam pasaran motosikal tempatan, bermula tahun ini.
"Selain reka bentuknya yang unik berbanding motosikal sedia ada di Malaysia, Madass 125 menawarkan penjimatan minyak dan perjalanan lebih jauh bagi setangki penuh kerana dilengkapi tangki minyak dengan kapasiti 5.1 liter.

"Motosikal ini mampu mencapai perjalanan sehingga 35 kilometer bagi setiap liter minyak, sekali gus membolehkan penunggangnya mencapai sekitar 180 kilometer dengan setangki penuh," katanya selepas pelancaran Madass 125 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Mohamed Fauzy berkata, model baru itu disasarkan untuk semua peringkat umur, boleh didapati di semua pengedarnya di seluruh negara mulai April ini.

Ketika ini, Momos yang memulakan operasinya pada 1980, menawarkan pelbagai variasi motosikal pasang siap jenama Itali, iaitu Cagiva, MV Agusta, Husqvarna, Daelim.
Syarikat itu turut memasang beberapa jenama motosikal seperti Boxer 250cc, Forza II, Pantera 135cc dan Tigris 135cc di kilangnya di Damansara, Kuala Lumpur; Pasir Gudang, Johor; dan Kuching, Sarawak.

P/s: Kat swak/ Kuching, mana tempat jual motor ni?

Kampua yang berbeza ??






Kampua hanya ORI di Belaga, Kapit, Sibu, Bintangor, Sarikei dan sekitarnya
Lain jika di kuching n Miri. Kalau di Kuching nama je kampua tapi ada daging halus atau yang di enjin tu. Dah tu biasa kampua guna sos cili tapi dia bagi cili potong. kan dah macam kolok mee tu.

Bezanya kampua di tempat lain: daging enjin; cili potong; mee kerinting

1.2.11

RELA dapat habuan




Menarik juga dgn berita ni tentang RELA yang akan diberi kad dan akan dapat diskaun. Logiknya ia akan membantu kelompok masyarakat ini utk hidup lebih selesa sikit. Benda2 macam ni yang harus dibuat/ fikirkan oleh mana2 persatuan dalam membantu kebajikan ahli2 yang ada.

P/s: kot2 RELA kat tempat lain pun akan dapat

Minyak naik lagi dan ada orang mula naik minyak





Pagi2 ni aku dengar HOTFM dan dikhabarkan harga RON97 naik 10sen lagi. Alamak benda2 di Msia semua naik dan pastinya harga makan minum akan pasti naik. Dalam hati saya pasti ORN 95 akan naik lagi. Paling tidak pun 5sen.

Namun dihati kecil saya masih teringatkan orang2 di kampung dan pedalaman yang akan terasa tekanan lebih dgn semua kenaikan ini. Pekerja kerajaan mahupun swasta akan ok sikit sbb gaji2 bulanan mereka akan diusahakan juga utk dinaikkan.  Kira ambil hati la tu. Cuma mrk kat kampung2 tu nanti, apa yang nak dinaikan. Hasil2 hutan makin sukar didapati. Habitat air terganggu dan pastinya akan menyebabkan hasil mereka tergugat. Makanan tin akan pasti naik harga. Minyak kat pedalaman tak payah cakap la. Harga nya 2-3 kali lebih mahal malah boleh cecah 70% kenaikan. Bukan nyer offer macam kat shopping complex. hai . .hai . . hai. makin stres la nampaknya warga Msia ni.

Rumusan: mula la kaji semula plan perancangan ekonomi masing2 dan perancangan masa depan yang lebih bijak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...