Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

7.2.11

Jika anda terlalu sibuk dan badan mula terasa sakit



  • Jika anda terlalu sibuk dan badan mula terasa sakit, ada cara boleh dilakukan untuk merehatkan badan tanpa meninggalkan tempat duduk iaitu:
  • Angkat bahu dan cuba rapatkan bahu ke telinga. Tahan beberapa saat dan kembali ke kedudukan asal. Ulang 10 kali atau sehingga ketegangan di bahu terasa reda.
  • Goyang dan pusingkan pergelangan tangan selama 30 saat dan ulang beberapa kali. Ini penting untuk mengelak mengalami kesakitan pada pergelangan tangan akibat terlalu banyak menaip.
  • Tarik nafas dalam-dalam dan tahan beberapa saat. Lepaskan perlahan-lahan dan ulang lima hingga 10 kali.
  • Tegangkan seluruh badan — genggam tangan, ketap gigi dan pejamkan mata. Tahan beberapa saat dan rehatkan seluruh badan. Bagaimanapun, lebih baik jika senaman ini dilakukan ketika anda bersendirian, bimbang ditertawakan rakan sekerja.
  • Gosokkan tapak tangan hingga terasa panas. Letakkan tapak tangan pada mata selama beberapa saat. Kaedah ini boleh merehatkan mata yang letih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...