Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

2.2.11

Mofaz unjur jual 3,000 Madass 125



KUMPULAN Mofaz menampilkan pilihan motosikal berkuasa 125cc di pasaran tempatan, iaitu Madass dengan sasaran jualan 3,000 unit menjelang hujung tahun ini.

Motosikal berteknologi Jerman dibawa masuk dari China dan dipasang serta diedarkan unit motosikal kumpulan itu, Mofaz Motosikal Sdn Bhd (Momos), dijangka menawan hati peminat motosikal tempatan berdasarkan rekaan menarik dan inovatif.
Presiden Mofaz, Mohamed Fauzy Abdul Hamid, berkata dengan harga di bawah RM6,000 seunit, Madass 125 mampu membantu meningkatkan penguasaan Momos dalam pasaran motosikal tempatan, bermula tahun ini.
"Selain reka bentuknya yang unik berbanding motosikal sedia ada di Malaysia, Madass 125 menawarkan penjimatan minyak dan perjalanan lebih jauh bagi setangki penuh kerana dilengkapi tangki minyak dengan kapasiti 5.1 liter.

"Motosikal ini mampu mencapai perjalanan sehingga 35 kilometer bagi setiap liter minyak, sekali gus membolehkan penunggangnya mencapai sekitar 180 kilometer dengan setangki penuh," katanya selepas pelancaran Madass 125 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Mohamed Fauzy berkata, model baru itu disasarkan untuk semua peringkat umur, boleh didapati di semua pengedarnya di seluruh negara mulai April ini.

Ketika ini, Momos yang memulakan operasinya pada 1980, menawarkan pelbagai variasi motosikal pasang siap jenama Itali, iaitu Cagiva, MV Agusta, Husqvarna, Daelim.
Syarikat itu turut memasang beberapa jenama motosikal seperti Boxer 250cc, Forza II, Pantera 135cc dan Tigris 135cc di kilangnya di Damansara, Kuala Lumpur; Pasir Gudang, Johor; dan Kuching, Sarawak.

P/s: Kat swak/ Kuching, mana tempat jual motor ni?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...