Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

21.4.11

Banyak kah kerja kita ?



Memang sukar juga rasanya hari2 saya di PPD seminggu dua ni kerana longgokan tugas yang banyak dan amat penting kerana ia boleh mempengaruhi unit2 lain. Antara kekurangan info, pengetahuan dll, kerja2 perlu disiapkan juga berdasarkan keperluan semasa.

Apa kesudahanya ? tak tahu la. yang penting ia harus disiapkan juga dan pastinya ia akan menjadi pengalaman berguna buat saya kerana banyak hal serba baru bagi saya. So banyak kerja banyak pengetahuan la lepas ni kirannya.

Tak kurang sukar juga buat rakan2 dari unit lain yang berhempas pulas memenuhi keperluan masyarakat dan sistem pelajaran kita. Kerja2 tak pernah habis. Sehari tidak kerja, esok nye . . akan berlambak2 surat menyurat dll. Itulah rutin yang perlu dihadapi oleh ramai penjawat awam kini. Apa kesannya . . ramai berhadapan dgn STRES. Cuma bezanya ada yang dapat menanganinya namun ramai juga yang kurang mahir sehingga terbawa2 kepada keluarga dan masyarakat di luar pejabat. Ramai pula yang sakit dll. Apa pun lakukanlah tugas dgn semampunya dan sebijak2nya demi kebaikan bersama. Kerana bila kita berbuat begitu, kita juga telah menyumbang kepada kesempurnaan kerja dari unit, jabatan atau kementerian yang lain.

So . . all the best

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...