Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

4.4.11

Murah tapi berbaloi ke?



Saya tergerak untuk menulis entri ini bila membaca post dari rakan blogger dgn isu bayaran potong rambut hanya RM4 sahaja. Bukan apa pun. Cuma bila difikir2kan, memang ada tempat2 khusus yang menawarkan harga2 rendah. Ia bukan sahaja kedai gunting tapi kedai makan dll lagi. Dunia dan masyarakat diset minda untuk menerima kenaikan harga dan kos semua benda dan sekaligus meningkatkan perniagaan hiliran. Tapi jika dicari betul2 memang ada tempat tertentu yang masih berusaha menawarkan harga terendah dgn konsep murah kepada seorang tapi untung dengan kuantiti yang ramai.

Tak kurang pula segelintir kelompok yang menganggap tempat sebegitu kotor, x standard dan tidak elok untuk dilangani. Secara keseluruhannya, ia betul namun tidak semuanya. Ada peniaga yang memang bagi harga terendah untuk mendpat keuntungan berganda melalui kedatangan pelanggan yang sangat ramai.

Bila difikir2kan ia banyak bergantung kepada personaliti seseorang itu sehingga mengubah pemikiran dan tindak-tanduk hidupnya terhadap hal2 seperti ini. Jika dia memilih kualiti atau jenama maka usah dilawati kedai2 kaki lima dan gerai2 tepi jalan. Tempatnya pasti restoran berhawa dingin dan shopping mall. Inilah nilai2 kehidupan yang kita bawa selama ini sehingga mewujudkan kepelbagaian dikalangan kita semua. Apa2pun pilihan anda, biarlah ia membahagiakan semua.

p/s: masih suka gerai2 tepi jalan dgn makanan ori dan pelik2nya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...