Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

8.4.11

PPD: Melihat sebuah hutan




Betullah juga bila seringkali disebut bahawa bekerja di pejabat punya perspektif yang agak berbeza jika dibanding dengan sewaktu di sekolah dahulu. Jika di sekolah seorang individu boleh dikatakan melihat atau menjaga seppohon POKOK sahaja. Manakala di pejabat pula, jangkauan adalah ke beberapa pokok. Malah ke peringkat HUTAN. Justeru memang cara fikir dan tindak tanduk akan sedikit berbeza. Inilah pengalaman indah untuk dikongsikan kepada semua.

Cuma persoalannya, kenapa pula segelintir inidividu yang pernah menjejakkan kaki ke pejabat suatu masa dahulu dan kini berada di sekolah kembali masih belum matang dan bijak perilakunya dan tindak tanduknya sehingga memberi kesan yang agak mencabar utk diuruskan pula.

Apa pengajaran?
  • Adakah kerana pengalaman itu tidak atau belum difikirkan lagi atau belum mencapai tahap itu?
  • Mungkin juga sikap segelintir individu itu sendiri yang meremehkannya.
  • Atau ada yang bersikap . . ah . . saya tau.
Apapun responnya, saya pasti masing2 ada jawapan dan alasan tertentu. Cuma alangkah baik jika semua kebaikan dan langkah proaktif suatu masa dahulu digunapakai sekarang lalu meningkatkan kredibiliti kepimpinan dan menunjukkan kebitaraan kita dalam usaha negara mencapai status negara yang lebik baik di masa2 depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...