Bahagian Psikologi dan Kaunseling telah ditubuhkan secara rasmi pada 01 Mac 2008 ekoran penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) berperanan dalam memenuhi aspirasi merealisasikan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18/2005 : Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia yang berbentuk penilaian, pembangunan personel, penyelidikan dan psikologi intervensi.
Bahagian Psikologi dan Kaunseling merupakan bahagian yang bertanggungjawab secara langsung dalam pembangunan kesejahteraan modal insan yang beramanah, berinteriti, produktif, kreatif serta inovatif dalam kontek Kementerian Pelajaran Malaysia. Inspirasi ini adalah selari dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Perkhidmatan psikologi dan kaunseling adalah satu proses menolong yang sistematik (terancang) dan berterusan berasaskan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling. Untuk mencapai matlamatnya, BPsK akan melaksanakan pelbagai jenis program berteraskan ilmu psikologi dan kaunseling yang berkaitan dengan perkhidmatan pembanguanan, pencegahan, pemulihan dan intervensi krisis.
Pelaksanaan perkhidmatan Bahagian Psikologi dam Kaunseling adalah melalui pendekatan khidmat sesi kaunseling, konsultasi, advokasi serta pelbagai jenis program penyelidikan, menganjurkan konvensyen, seminar, kursus, bengkel dan ceramah; menerbitkan risalah, modul dan jurnal mengenai hasil penyelidikan; mengujudkan program pemantauan dan latihan pemantapan kompetensi kaunselor organisasi; menyediakan kemudahan distress center dan membangunkan data-data warga KPM berkaitan pembangunan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
Fokus utama sistem penyampaian Bahagian Psikologi dan Kaunseling adalah selari dengan keperluan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang menekankan impak secara signifikan terhadap hasil dan kualiti kepada pelanggan berteraskan visi nasional “ 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”.
|
No comments:
Post a Comment