Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

11.8.11

elioidosis dan Leptospirosis di Empangan Hidroelektrik Bakun (Empangan Bakun)




KUCHING: Para pekerja perlu lebih berjaga-jaga di kawasan jangkitan Melioidosis dan Leptospirosis khususnya di Empangan Hidroelektrik Bakun (Empangan Bakun), kata Menteri Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Dato Sri Wong Soon Koh.
Justeru, pekerja-pekerja harus mengamalkan penjagaan peribadi yang tinggi dan langkah-langkah keselamatan lain.
“Kedua-dua penyakit itu lazim ditemui di bahagian atas muka bumi ini.
“Jadi, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga lebih-lebih lagi di kawasan yang dijangkiti,” katanya kepada The Borneo Post, di sini, semalam.
Pada masa yang sama, beliau turut menasihati orang ramai untuk jangan cemas dan meminta mereka berhenti mendengar khabar angin.
Antara dakwaan orang tempatan ialah kematian itu ada kaitan dengan ‘roh’ hutan yang marah berikutan pembinaan empangan itu yang memusnahkan persekitaran.
Mereka juga percaya moyang mereka marah kerana kubur mereka ditenggelami air.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zulkifli Jantan dalam kenyataannya pada Selasa, sebanyak 10 kematian dilaporkan berikutan penyakit itu sejak awal tahun ini hingga 23 Julai.
Beliau berkata, terdapat dua kematian yang disebabkan Melioidosis dilaporkan dan satu lagi disebabkan Leptospirosis di Bakun.
Menurut jurucakap Empangan Bakun menerusi laman web sosial Facebook, tiga kematian itu melibatkan pekerja-pekerja Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang terlibat dalam menyelamatkan hidupan liar dan penanaman semula, sejak empangan itu ditakung pada 13 Oktober lepas.
Tambahnya, sejak insiden itu, pegawai dariJabatan kesihatan dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) datang ke tapak itu untuk menjalankan siasatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...