Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

11.8.11

Kematian Di Kapit Akibat Melioidosis




Kematian Di Kapit Akibat Melioidosis Bukan Penyakit Misteri : Pengarah Kesihatan Sarawak
KUCHING, 5 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Sarawak akan mengadakan program penerangan kepada penduduk di kawasan yang terbabit dengan serangan penyakit melioidosis di bahagian Kapit untuk mengelak sebarang andaian mengaitkannya dengan penyakit misteri.

Pengarahnya Dr Zulkifli Jantan berkata kurangnya pemahaman serta pengetahuan tentang penyakit itu telah menimbulkan andaian dan cerita misteri daripada penduduk tempatan.

"Memang perlu kita buat penerangan untuk mengelak sebarang cerita pelik yang mengaitkan wabak itu dengan penyakit misteri. Sekarang tidak lagi misteri ia berpunca daripada melioidosis dan apa yang penting adalah langkah pencegahan yang perlu diambil jika ada tanda-tanda penyakit itu," katanya.

Beliau berkata selain daripada penduduk tempatan, ketua jabatan di setiap agensi juga telah dimaklumkan tentang penyakit itu dan mereka perlu memaklumkan kepada pekerja mereka agar lebih berhati-hati dan sentiasa mengutamakan kesihatan.

Setakat 3 Ogos lepas, lima orang disahkan mati akibat serangan penyakit melioidosis di Sarawak. Tahun lepas 17 meninggal dunia akibat penyakit tropika itu yang berpunca daripada bakteria dalam tanah dan air.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh pula berharap orang ramai tidak mengiatkan serangan penyakit itu dengan projek Hidro Bakun.

"Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja kawasan pembangunan tanah seperti untuk pertanian," katanya.

Wong berkata serangan penyakit itu mula dikesan di Sarawak pada 1999 dan laporan pertama kes membabitkan pekerja di projek Bakun ialah pada tahun 2006 membabitkan tiga kes kematian pekerja asing.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...