Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

11.8.11

leptospirosis (akibat air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria tanah)




Golongan petani di Sarawak khususnya di kawasan luar bandar, tidak perlu bimbang dengan jangkitan leptospirosis dan melioidosis kerana ianya tidak seserius wabak denggi dan malaria.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam negeri Dr Noorzilawati Sahak berkata jangkitan leptospirosis (akibat air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria tanah) boleh dielak sekiranya golongan petani mengambil langkah pencegahan seperti memakai kasut dan sarung tangan daripada getah.
“Bakteria daripada kencing tikus dan bakteria dalam tanah, lumpur dan air yang mengakibatkan penyakit melioidosis lebih mudah menjangkiti manusia yang luka di anggota badan selain penghidap penyakit diabetes,” katanya pada taklimat bersama media berhubung situasi penyakit itu di Sarawak.
Beliau bagaimanapun meminta orang ramai khususnya di kawasan yang mempunyai jangkitan tinggi agar mengurangkan aktiviti berisiko seperti mandi sungai, bermain lumpur dan ‘jungle trekking’.
Sementara itu Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam negeri Datuk Seri Wong Soon Koh yang turut hadir berkata, setakat 13 Ogos lepas Bintulu masih mencatatkan kes leptospirosis tertinggi dengan 17 kes diikuti Sibu (9), Kuching dan Belaga masing-masing tujuh kes.
Setakat ini hanya dua kematian dilaporkan dipercayai akibat jangkitan itu, katanya.
Wong berkata bagi jangkitan melioidosis pula sebanyak lapan kematian dilaporkan setakat 13 Ogos, manakala kes tertinggi dicatatkan di Kapit dengan 59 kes, diikuti Bintulu (47) dan Tatau dengan 24 kes. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...