Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

29.9.11

Sesi bertemu Guru Bimbingan dan Kaunseling PPD Padawan



 
Terima kasih kepada Unit HEM (cikgu Hasim ) atas ruang dan waktu utk sedikit waktu, berkongsi dan memberikan nasihat dan bimbingan kepada rakan2 guru bimbingan dan kaunseling yang sempat hadir ke taklimat seliaan Unit HEM PPD Padawan.

Saranan dan nasihat dan perkongsian info semasa kepada semua GBK diharap dapat mengubat sedikit keresahan dan kerisauan selain memberi dorongan positif. Manakan tidak dgn permintaan persekitaran dan masyarakat pada masa ini, kerja2 dunia kaunseling ini dilihat sebagai semakin mencabar dari pengurusan UBK dan kendiri GBK. Namun sikap PROAKTIF dan KREATIF dikalangan GBK harus ditekankan dari semasa ke semasa agar dapat mencukupi keperluan semasa.

GBK harus PROAKTIF sekarang ini. Bertindak cergas dan sentiasa melakukan kerja2 luarbiasa agar memberi impak kepada persekitaran. Ramai klien kita yang sedang melihat kita. Masyarakat setempat, pengurus sekolah, murid2 dll. Semua ini sedang melihat kita bertindak. Sejauh mana kita mampu dan bijak dalam menangani pelbagai permasalahan semasa. Andai kita bekerja, biarlah kita benar2 melakukan tugas diberi agar lekat diminda mereka. Biar kata2 kita menusuk kalbu, mengubah diri dan pendirian anak2 murid dsbginya.Biarlah kerajinan itu terpahat di ingatan rakan2 guru yang sedikit sebanyak menilai perilaku dan perawakan kita. Kita memang tidak sempurna namun setiap hari kita harus berusaha dan memperbaiki diri. Biarpun kadang2 ia tidak disenangi. Namun yang pasti, jika yang baik kita berikan, maka pasti yang baik juga Tuhan berikan kepada kita di masa hadapan.

KREATIF memerlukan GBK bertindak bijak dalam menghadapi kebuntuan. Harus ada jalan keluar dalam mengahdapi sesuatu. Justeru dgn PENGALAMAN semasa dan kesan dari tugas yang banyak barangkali, akan menjadikan kita seorang yang KREATIF. Jika tidak pun, biarlah kita menjadi agen KREATIF kepada rakan yang mungkin memerlukan bantuan. Kita menggunakan minda. Bermakna input luar hasil dari pembacaan meluas juga perlu dalam dunia kaunseling sekarang ini. Minda kita perlu disegarkan dan dibaharui setiap masa agar tidak berkarat dan sekaligus mencacatkan 'kerajinan' kita juga.

Marilah rakan2 GBK.. berusaha tanpa lelah dgn saranan dorongan kepada sesama kita agar menjadikan peribadi kita sebagai agen TRANSFORMASI kepada diri, keluarga, sekolah dan masyarakat setempat. Biar mereka melihat kita sebagai manusia yang disenangi dan bukan ditakuti. Manusia yang disegani bukan dibenci. Manusia yang membantu dan bukan merosakan persekitaran diri.

Semoga, saranan utk tempoh sesingkat waktu tadi diambil ikhtibar oleh semua dan sama2 membawa diri ke mercu JAYA peribadi kita sendiri. Dan mengubah dunia kita kepada satu dunia yang BAHAGIA.

All the best . .

27.9.11

5 Jenis Manusia Dalam Organisasi



Mak sangat tertarik untuk menulis tentang tajuk ini kerana sebagai pekerja makan gaji, kadangkala kita bekerja berseorangan dan kadangkala bekerja berkumpulan , bergantung kepada arahan yang diberi.  Kalau bekerja seorang memang memenatkan tetapi kalau ianya adalah bidang yg kita minat tak terasa pulak, sebaliknya bila bekerja beramai-ramai, tapi kalau seperti bekerja seorang menyakitkan hati pulak.... hanya orang yg tinggi kesabarannya sahaja yang lalui nya dengan tenang!





Bila kita bekerja berkumpulan, pelbagai perangai yg kita boleh jumpa yang boleh mempercepatkan kerja dan sebahagian lagi pula melambatkan urusan... Dalam satu nota kursus tentang kualiti modal insan, mereka telah mengklasifikasikan pekerja kepada 5 kumpulan iaitu, jenis proaktif, reaktif, pasif, hyper-aktif dan radio-aktif? ehm...aktif sungguh depa....


Proaktif
    Mereka dikatakan proaktif kerana:
  •      Melaksanakan tugasan harian tanpa kawal selia      
  •      Berwawasan dan bermotivasi tinggi
  •      Bekerja kuat,  rajin,  mencuba perkara-perkara barudan suka   untuk mempelajari sesuatu yg baru
  •      Kerana jelas dan menyedari tanggungjwb sendiri maka membuat sesuatu tanpa menungggu arahan
  •     Mempengaruhi org lain ke arah kebaikan



                                                        Reaktif

  • Sering bersikap negatif terutama kpd  perubahan dan kaedah kerja yg baru
  • Apabila diserah kerja baru ,  seringkali memerlukan kawalselia yg rapi
  • Apabila menerima arahan kerja baru, gemar menjawab ,   "Susahlah bosss.."
  • Apabila diarah, sering menjawab , " Ah... lecehlah...!
  • Macam pahat dengan tukul! Apabila disuruh baru buat!



  Pasif

  • Suka senang diri dan malas utk memperbaiki atau meningkatkan  kompetensi diri
  • Tiada keyakinan diri , idea dan pandangan baru
  • Lebih suka dengan kerja yg sama hingga bertahun2 ...  tak kisah!
  • Tiada wawasan diri atau cita2 tinggi utk meningkat hingga naik pangkat


Hyper-Aktif

  • Punyai wawasan diri yg tinggi maka sering melibatkan diri dlm pelbagai  aktiviti
  • rasa diri hebat dan suka cakap lepas
  • Tiada tumpuan pada satu2 aktiviti dan resah serta mudah bosan jikalau buat kerja yg sama


 Radio-aktif

  • Tak berdisiplin
  • Tak suka mengikut aturan
  • Suka ponteng dan mengular
  • Menjahanamkan harta pejabat
  • Gemar berbohong....tipu MC!
  • Kebas wang orang ramai
  • Meleceh
  • Menjatuhkan maruah masyarakat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...