Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

2.9.11

Susah juga nak cari kerja ni



Input dari internet. TQ


Tanpa diduga krisis kegawatan ekonomi seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 berulang kembali.Tapi kegawatan ekonomi GLOBAL yang melanda ini bukan seperti yang berlaku pada tahun 1998 yang hanya melibatkan Asia saja, tetapi ianya lebih menakutkan di mana ianya melibatkan seluruh dunia! Ya, amat menakutkan!


Dengan krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang ini, Malaysia tidak terkecuali turut menerima kesannya. Ianya bakal menyaksikan beratus-ratus ribu pekerja diberhentikan . Apakah nasib mereka seterusnya bagi menyara kehidupan mereka dan juga keluarga mereka...Sungguh kasihan..


Ini perihal mereka yang diberhentikan kerja, bagaimana pula anak-anak muda kita yang bakal menamatkan pengajian di kolej-kolej dan di universiti-universiti? Harapan mereka begitu tinggi, iaitu memperoleh kerja sebaik saja menggenggam segulung ijazah ataupun sijil. Akan tetapi memandangkan MALAPETAKA DAHSYAT yang sedang melanda dunia sekarang ini yang mana ianya lebih dahsyat daripada tsunami mahupun gempabumi, tidak hairanlah akan munculnya "penanam - penanam anggur" ataupun penganggur terhormat dengan mendadaknya.

Sudahla terpaksa membayar semula pinjaman PTPTN, nak menyara hidup pun tak mampu. Terpaksa lah menebalkan muka mengharapkan simpati dari orang tua yang telah berhabis duit untuk menyediakan pelajaran buat mereka. Tapi apakan daya mereka, anak yang diharapkan mendapat jawatan tinggi dan kerja yang baik-baik terpaksa lagi mengharap belas ihsan dari mereka semata-mata kerana MALAPETAKA YANG DAHSYAT ini.

akan tetapi

Anda Tidak Akan Alami Hal Itu Jika Anda Bekerja di Sektor Awam!!
Pekerjaan sekarang ini tidak lagi selamat disebabkan kegawatan ekonomi dunia dan kemungkinan pemberhentian pekerja di sektor swasta akan menjadi semakin parah sekiranya kegawatan ekonomi dunia berterusan. Disebabkan kegawatan ekonomi yang tidak menentu masa kini, adalah sukar bagi sesiapapun untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta terutamanya sektor pembuatan. Dan kerana inilah sebabnya mengapa ramai orang berlumba-lumba ingin memohon pekerjaan tetap di sektor awam kerana ia lebih TERJAMIN dan banyak KELEBIHANNYA.

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

* Elaun perumahan
* Cost of living allowance (COLA)
* Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
* Kenaikan gaji setiap tahun
* Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan Cuti tahunan mengikut kelayakan
* Cuti bersalin
* Pinjaman perumahan
* Caruman KWSP atau pencen
* Bersara pada umur 58 tahun
* Peluang kenaikan pangkat
* Peluang melanjutkan pelajaran
* Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
* Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga



Oleh itu,tidak hairanlah mengapa terdapat beratus-ratus ribu orang telah memohon untuk berkhidmat dalam sektor awam pada zaman krisis ekonomi ini.

Akan tetapi, adakah mudah untuk memasuki sektor awam ini ? Jika anda fikir memang mudah untuk bekerja kerajaan, anda silap..


FAKTA PENTING!
Lebih 700,000 permohonan telah diterima pada tahun 2007 dan yang dipanggil temuduga adalah 350,000 untuk mengisi 38,000 jumlah kekosongan di sektor awam


Lihatlah betapa ramainya permohonan bagi mengisi kekosongan di sektor awam. Itu tahun 2007, bagaimana pula tahun 2008 yang menyaksikan bermulanya krisis ekonomi global ini. Sudah pasti bilangan permohonan untuk memasuki kerja sektor awam melebihi 1 juta orang!! Peratusan untuk anda berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan itu hanyalah 5.4 % sahaja. Sangat sukar bukan? Apapun, untuk membuatkan anda terpilih bagi kekosongan itu, anda perlu lalui dan lulus....

Temuduga di Sektor Awam

Persaingan untuk mendapatkan kerja kerajaan AMAT tinggi dan peluang untuk anda berjaya adalah tipis jika anda langsung TIDAK TAHU bagaimana untuk bersedia menghadapi temuduga tersebut.

Adakah anda pasti akan lulus temuduga dengan beranggapan seperti di bawah ini ?:

Anda mempunyai "kabel besar" @ orang dalam Kerajaan yang "confirm" boleh tolong luluskan anda semasa interview.
Anda adalah seorang yang berpengalaman luas dan cemerlang semasa berkerja di swasta
Anda adalah seorang bekas graduan universiti yang memilki CGPA 3.5 ke atas ataupun graduan lulusan universiti luar negara yang terkenal
Anda memiliki pengalaman ditemuduga beberapa kali sebelum ini
Anda telah membeli pelbagai buku temuduga sebelum ini baik dalam mahupun keluaran luar negara
Anda sememangnya sedang berkhidmat dalam kerajaan samada dari jawatan kontrak ataupun ingin naik pangkat
Lupakan sajalah andaian anda itu....Ketahuilah bahawa panel penemuduga tidak akan menilai anda berdasarkan anggapan tersebut..Tak percaya? Cubalah....

Cuba anda lihat fakta yang dinyatakan di bawah:


FAKTA PENTING!

90% peserta temuduga tidak bersedia atau sambil lewa menghadapi temuduga kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum menghadapinya
Kekurangan pengetahuan dan pendedahan tentang teknik menghadiri temuduga salah satu sebab mengapa graduan universiti atau kolej gagal dalam temuduga.
Tidak bersedia dari segi komunikasi atau pertuturan adalah penyebab utama peserta temuduga hilang idea bercakap di depan panel
Penampilan diri yang salah menyebabkan peserta temuduga gagal diterima.

Bukan Cakap Kosong, Tapi Kebenaran!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...