Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

24.10.11

PONTIANAK, Kalimantan Barat



Berikut adalah beberapa catatan mudah utk rujukan anda semua.
  1. Ramai guna motor TZM, motor biasa n bunyi x kuat. Ada masanya handle memang nak bersentuhan kerana banyak sangat motor di bandar berkenaan
  2. suhu agak panas. Mungkin kerana dekat sangat dgn matahari.
  3. Banyak motor 1 Cermin je. Bukan dipakai sangat pun sebab bunyi horn tu yang wajib dan sentiasa dibunyikan sepanjang masa
  4. Stesen minyak x la banyak sangat sana. So oleh kerana penduduk padat n ramai, penggunaannya amat tinggi. Justeru terpaksa berbaris masa nak beli minyak. Ini juga menyebabkan jualan minyak di tepi2 jalan sangat ramai
  5. jln memang agak smpit seperti diceritakan sebelum ni. Ini memberi kesan kepada tiada kenderaan besar2. Malah kereta pun xlah banyak sangat.
  6. prbola memang banyak kat sini. Tapi jika difikirkan pun, ia tidak perlu sebab channel free kerajaan je pun dah berbelas banyaknya.
  7. Ada juga shopping complex yang xde aircond. Sekali saya ditanya pengawal kerana ambil gamabr persekitaran di shopping mall; maklum la tempat berlainan. nak juga bagi korang tgk2 nanti. Tapi itu tidak dibenarkan kecuali ambik gmbr dgn badan kita sekali kat dalam tu.
  8. Turut berada di sekayam, dibalik karangn, Beduai, Batako
  9. Di kembayan, kereta avanza agak banyak. Kambing 4 ekor dibawa dgn motor.
  10. Anak sawit memang xde dibawah pokok sebab semua dah diambil, diternak dan dijadikan ternakan sawit utk dijual semula
  11. Di Sosok, saya makan bsama drver bus kerana dah rapat dgn mereka. Cuba minuman aloevera sebab kat sini xde. 
  12. Untuk ke Ponti ambik simpang kiri (utk cepat jln)
  13. 1 jam akan sampai di simpang Tayan. Ambik kanan. akan tengok tugu. 
  14. Siapa Calok?? Ini adalah nama orang yang kira kaki tipu. So berhati2 sewaktu bersendirian 
  15. Konvoi motor boleh saja. Jalan ok. Yang cuma teruk sikit (jalan tanah je) pun x jauh sangat . Elok buat insuran sehari sebelum jln. Bawa greencard sekali. Ini bagi mengelak 'urgency' dan akan diminta pula bayar yang x sepatutnya
  16. Lori minyak kat sini pendek2 dan kecil2. Bila dah makin dekat jalan akan semakin tajam selekohnya dan memang berbahaya jika dipandu laju. Lebih2 lagi waktu malam.
  17. Kalau korang tengok perkataan 'kulat'.. ia adalah utk service yang laju iaitu bermakna 'kilat'
  18. Mana nak gi?? Alun waterfront-makin ramai bila makin lewat malam dgn pelbagai jualan. Tugu khatulistiwa sebagai pengesahan anda berada di Ponti. Tidaklah jauh dan berballooi juga utk kesana melihat keunikan dunia dgn pusat titik yang tidak menghasilkan bayang2.
  19. Rumah panjang dayak- boleh dilawati jika anda pencinta budaya dan ingin tahu aspek budaya setempat. Jika tidak.. memadai lah dgn tengok dari luar sahaja.
  20. Shopping complex - Matahari, Ayani, Kaisar dll. Xlah besar sangat kalau dibandingkan dgn kuching, tapi sesuai la utk masyarakat setempat.
  21. hampir semua peralatan elektrik disana menggunakan wayar 2 pin sahaja
  22. Hampir semua benda2 yang kita tengok dibuat dari besi disini .. dibuat dari kayu
  23. Saya potong rambut kat sana; RM6 sahaja termasuk service pusing kepala hahaha
  24. Turut menikmati hujan pada hari sabtu sabtu. Tidak banyak bezanya. akan ada jalan2 berlopak
  25. Susunan lokasi pembangunan disini macam berlapis2. Susunan dgn jalan2 utama lebih kurang lurus
  26. Perumahan agak kecil jika dibandingkan dgn kuching dan ia kan masuk ke dalam sikit dari jalan2 utama. Yang mana tepi2 jalan dipenuhi dgn kedai2 dan penjual kecil-kecilan.
  27. Selepas berada 2-3 hari disana; keadaan lebih kurang sama saja dgn jualan di tepi2 jalan, org2 di berlainan tempat, motor2 yang banyak, kedai2.
  28. Rasa lambat petang disini kerana tolak 1 jam dengan malaysia. 
  29. Sewaktu di Alun2, ada yang datang bawa gitar n nyanyi utk anda. Berilah mereka R1000 @ 35sen. Bila beri R1000 mcm banyak je tapi bila convert kepada Malaysia jadi 35 pula. 
  30. Pemberian R1000 ini wajib bila parking motosikal. anda nak atau tidak mesti ada yang datang minta atau letak motor anda secara tersusun. Lenguh juga masa nak beri tu. apa tidaknya, sekejap dah parking bayar R1000. Sekejap lagi dah parking lagi. Benda yang sama dibuat, Huhhh...
  31. Bas balik ke Msia kena tunggu jam 6am d imigsen. W/pun datang awal dari Ponti, masih kena tunggu sampai imigresen buka. So jalan waktu malam lebih lama n slow sikit
  32. Harga lebih kurang sama saja lah disana.Hanya ketara matawang saja. Tapi bila dah tukar n mula pakai kat sana, lebih kurang je
  33. Bahasa mcm kat KL n Swak sikit
  34. Pasar Sudirman sempit macam kat India Street la, cuma ia memang sempit
  35. Hotel agak murah disana. Kalau 3-4 bintang sekitar RM120 keatas berbanding agak mahal di Msia
  36. Di kawasan Palpat, saya makan Teller mengandungi roti, betik, rumput laut, ais, susu dan manisan
  37. Bila berada d aiport baru jalan ada garisan pembahagi jalan, bunga2 penghias jalan dan tar jalan yang lebih OK.
  38. Turut berada di Sepakat. Turut berada di Kakap iaitu kawasan laut Pontianak. Ada restoran utk makan2. boleh bawa makan sendiri dan memancing sekali.
  39. Makan singkong (ubi kayu yang digoreng) n goreng pisang d siantan feri. 4 lapis pisang goreng nipis dicantum bersama dan consider sebagai 1 dgn harga 35sen
  40. Tong sampah mcam xde je. Kalau ada pun..diberitahu bahwa dalam selang 2-3 hari baru dikutip.
  41. Bagi org Msia yang tidak biasa.. air di parit besar akan diguna utk plabagai tujuan, termasuk mandi2 dan utk budak2 mandi-manda.
  42. Jika beli minyak di stesen harga lebih kurang RM1.6 tapi di tepi jalan harganya RM2.14. 
  43. Dah 3 hari sana, baru nampak Myvi. 
  44. Bas tiket.. rupa2nya kena confirm awal lagi masa nak balik tu, w/pun dh beli tket  awal dan cnfirm bila nak balik. Kat Ponti kena datang n confirm lagi. Saya hampir2 xde tiket balik. Macamana tu. dah beli tapi boleh takde tiket. pelik2
  45. Di imigresen.. akan lama sikit sebab ramai orang. Susah utk org tua, org yang sakit atau kanak2 kecik atau pun yang nakal2. berdiri je dah sejam. Fuhh!!!
  46. Kereta cenderung scrash sbb rapat sangat n jalan sempit. Apatah lagi motor2 yang pantang tgk laluan. Asal boleh redah.. hentam je
  47. Bagaimana orang luar dikenali disini?? Orang kat sini tidak pakai pouch dan cermin mata hitam. Kalau kita x pakai sekali pun, cara kita tgk2 sekeliling je dah menunjukkan kita orang luar sbb orang tempatan tidak melihat2 sekeliling. 
  48. Last2 bas rosak di batu15. dah la dah berbelas2 jam dalam bas. Lama di imigresen.. sekarang kena stop lagi di Batu 15. Macam2 ada. Tapi itulah pengalaman mengembara heheheh.
p/s: Xpe next time aku edit k, ini semua simpanan dalam SMS box n malas nak buat/ susun ayat baik2 punya hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...