Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

25.11.11

BERDENGKUR ? Lakukan ini



Kepada yang berkenaan, mari guna info berguna ni bagi mengurangkan DENGKUR anda.
  1.  Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  2. Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

Penipuan di stesen minyak. Harus BACA !!!



HARUS BACA !
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

24.11.11

Tragedi BOLA sepak di Indonesia (SEA Games 2011)



Kejadian sebegini biasa berlaku dan dilihat di seluruh dunia.Ini kerana kepadatan penonton pada sesuatu perlawanan yang amat2 mereka minati. Kadang2 terfikir juga, jika mereka ini adalah sebahagian dari keluarga dan rakan kita. Rasa2nya memang tidak berbaloi mengorbankan nyawa kerana hobi sebegini. Justeru, beringat2lah selalu.

23.11.11

Chritians love song



New to come; having a nice project with this masterpiece, a Christian love song - Mungkin Cinta. by a group of youngster from Sabah (UMS). Love the song, the melody, the recording very much and looking forward to publish their album @ single (Havent decide yet)

..hanya dirimu yang mampu
mengisi relung jiwa ini 
slamanya
sungguh aku tak mampu 
melupakan diri..
So guys, though its a hard time for me to mingle wt my gears.. but at least i have some nice melodies n works to do within few months to come. The songs... repeated since this morning n i seem to remember the melody already. wow!!

Cherrio...

16.11.11

GURU: 9 JAM BEKERJA ?



wah .. oleh kerana pendidikan ini dinamik maka ia akan sentiasa berubah2 sesuai peredaran masa, perkembangan budaya dan perubahan persekitaran dunia. Namun yang pasti ramai guru tidak menyukai perubahan ini. Apapun, ia adalah keputusan kerajaan terhadap perubahan sistem dalam pendidikan dan pastinya ada tujuan di sebalik semua perubahan ini.

Nilai peribadi kita akan sangat mempengaruhi keputusan kita terhadap hal sebegini. Jika kita orang luar dari dunia pendidikan.. sememangnya akan melihat bahawa tugas2 guru ini agak lenggang dan relax khususnya disesetengah tenpat. Namun jika kita dalam dunia pendidikan.. kita tahu permasalahan dan karenah yang sentiasa dihadapi. Malah ada yang mengatakan bahawa tugas bukan sahaja sehingga hari Jumaat. Sbeliknya melangkaui hari sabtu dan ahad. Ditambah pula dgn setiap insan akan berdepan dengan anak2 yang pelbagai karenahnya sehingga ia memeningkan kepala ramai orang.

Walaupun ia masih merupakan projek rintisan dan hanya melibatkan 19 sekolah di Sarawak. Ia pasti akan memberi dapatan yang 50-50% kepada segenap golongan masyarakat. Buat masa ini ia akan digunapakai oleh Melaka, Pahang dan Johor.

Sesuatu yang mengejutkan dunia pendidikan namun mudah2an ia membawa kepada kebaikan dan memartabatkan sistem pendidikan negara ini.

15.11.11

152,000 anak luar nikah direkodkan pada 2008-2010 : iNFO bERIT hARIAN




KUALA LUMPUR: Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie, berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...