Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

18.1.12

Tema hari guru 2012



Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Ini yang saya tgk dalam laman web. Sah @ tidak kurang pasti lah sebab masih awal lagi ni

17.1.12

Kenapa Suami Isteri tidak cantik/ handsome selepas berkahwin



Ermmm... Payah juga nak update utk entry ni. Tapi xpe untuk info bersama.

Sebab2 suami isteri tidak lagi cantik/ handsome atau dalam erti kata lain... tidak lagi menjaga penampilan diri.
  1. Takde masa utk diri sendiri. Nak ke spa atau pusat kecantikan atau ke gym pun dah x dpt. Nak jaga anak dan pelbagai urusan lain.
  2. Kebanyakkan masa adalah utk keluarga atau waktu anak2 bermain di taman @ shopping complex
  3. Duit dah tak banyak utk sendiri tapi lebih kepada keperluan keluarga dan anak2
  4. Rasa nak berdandan pun malas sebab pasangan pun lebih kurang je. Dua2 dah terbawa2 kerana pasangan masing2; last2 dua2 tak jaga penampilan diri
  5. Isteri suri rumah, maka tak elok rasanya berlebih2 atau suami kerja biasa2 je sehingga nak bergaya terasa janggal pula.
Namun elok juga yang masih berbuat begitu khususnya..
1. isteri/ suami nya bekerja di firma @ jabatan kerajaan
2. suami / isteri jenis nak smart n cantik dan sentiasa terbawa2 bergaya w/pun dah berkeluarga.

13.1.12

SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA 1MALAYSIA) - Info Net



Permohonan untuk SARA 1Malaysia akan dibuka mulai 30 Januari 2012 dan layak untuk pemohon dengan pendapatan kasar antara RM500 hingga RM3,000 sebulan. Skim berkenaan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Melalui SARA 1Malaysia, mereka yang berkelayakan akan berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat. Melalui skim ini, insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS 1Malaysia dan pelabur hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama lima tahun.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur SARA 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.

Gempa Bumi 12 Januari 2012 - Ada ke?



Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 skala Richter telah berlaku di Banda Sea pada pukul 6.21 pagi 12 Januari 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 7.0 Selatan longitud 123.5 Timur. 1346km Tenggara Sarikei,Sarawak.

12.1.12

Apa otak kita buat?



Inilah keadaan yang otak kita mampu buat dalam kehidupan seharian kira. Banyak keperluan perlu diisi bagi membantu kita menangani keperluan semasa.

10.1.12

SAYA MENDIDIK. Ye ke?



Tuan/puan, rkaan pembaca..

Saya tertarik dgn pemikiran ini bahawa ramai yang menyatakan mereka mengajar. ye la sebagai seoranbg pendidik, tugas mereka adalah untuk mengajar. Dari taska ke atau hinggalah ke peringkat lebih tinggi ramai akan keluarkan statement ini.

CUMA. . . . bezanya adalah NILAI yang kita bawa sebagai seorang pendidik berbeza sesama kita.
CARA atau strategi tangani permasalahan atau rutin harian juga tidak sama. Ini lah yang menyebabkan seseorang pendidik/ pengajar itu berbeza. Inilah juga faktor kepada penyebab isu/gejela/ tindak-tanduk rakan pendidik berbeza antara satu sama lain.

Jika seseorang itu menangani karenah budak2 dgn nilai seorang ibu atau bapa.. ia tidak akan sama jika seorang yang tegas pula menangani budak yang sama. Impaknya pasti akan berbeza. Sama juga jika seorang guru itu membawa nilai rakan, mendidik di dalam kelas. Akan ramai lah murid2 mendampingi dia. Mesra sentiasa senyum seadanya. Semuanya ini akan membawa kepada hasil yang berbeza2.
Justeru apa patut kita buat? Nak jadi bapa selalu xde ketegasan, susah juga. Asyik jadi rakan.. budak2 naik kepada pula. Bagaimana?

Kebijaksanaan harus ada pada setiap pendidik iaitu bertindak bijak pada setiap masa dalam menangani karenah anak2 murid. Mereka akan degil, manja, merajuk dan marah pada guru. Lalu, guru juga harus bertindak sesuai apa berlaku. Andaikata seorang murid nak terjun dari tingkat tinggi, nilai seorang manusia yang menyayangi manusia lain harus ada.. iaitu niat nak menyelamatkan nyawa sahaja. Jika murid sedang kecewa, aib, malu dan hilang penghormatan... pujuklah dia dulu dan sematkan nilai yang bersesuaian sesudah itu.

Ramai pendidik dewasa ini hanya mendidik dan sapu bersih karakter peribadi kepada semua budak2 dalam kelasnya. Yang nak mesra dimarahnya. Yang malas.. apa lagi. Yang melawan.. memang nak kena la. Ini tidak akan membantu. Di sepanjang perjalanan hidup guru itu, beliau akan berasa tertekan, stres, kecewa dan akan mula hilang self confident.

Justeru, tangani mereka dgn bijak sehingga mereka mula menerima anda dan seterusnya didikan anda dan semua ini pasti membawa kebahagian kepada anda di sepanjang karier anda.

Rumusan: Strategi bijak dan berbeza ..

All d best

BLOG @ FACEBOOK ?



 
Errmmm. Dah payah rasa sign baucar, tiba2 aku terfikir nak check email. Last2 fikir nak update blog dgn perkongsian kaunseling dan psikologi sebagai wadah pembaca. Namun persoalan ini timbul. Mana satu ok agaknya Facebook @ Blog. Dulu blog memang menarik sebab ia adalah sumber coretan idea dan perkongsian maklumat. Selain itu ia adalah diari foto dan kepelbagaian isu dimasukkan di sana. Tetapi hari ini... semakin hambar rasanya bila nak update atau nak berkongsi idea dalam saluran ini. Nak upload gamabr tu memang akan lama dan akhirnya terputus begitu saja. Justeru, saya mula beralih kepada FB kerana nampak gaya, banyak input semasa yang senang diperolehi hasil update laman dilawati dan rakan2 yang serba ingin berkongsi berita. Dari situlah kadang2 info kerajaan akan lebih mudah difahami kerana ada rumusan dari penulis. So ..bila fikir lagi pasal blog... ermmm... alamak... payah la rasanya.
Kadang2 update blog rakan lain juga memang seolah2 dah lama di tinggalkan. Nak kena tunggu UNIFI di kch ke. Entah la

6.1.12

Harimau MALAYA - Suatu takuk baru sukan Bolasepak Negara



Sejak kemenangan di Piala Suzuki lepas, minat terhadap bola sepak mula berputik dengan terus menyaksikan pelbagai siaran berkaitan dgn sukan ini. Walaupun seronok namun perubahan besar dari pelbagai aspek memang sangat perlu dilakukan agar ranking dunia melonjak terus.

Kemalagan di tahun baru 2012



Sampai tak sempat pula nak masukkan entri tahun baru ni. Apa nak cerita eh..
  1. Kemalangan - memang biasa berlaku
  2. Mabuk2 - wajib untuk segolongan orang
  3. Kes2 CINTAN2 - memang terjadi dgn pelbagai alasan kedengaran di radio @ kaca TV
  4. Buat azam baru - pun biasa juga ditanya dan dijawab oleh semua orang. Cuma yangkurang pasti tu pernah tak dia ingat apa azam dibuat pada setiap Januari. Tercapai ke tidak itu tak kisah la. Cuma dia ingat atau tidak tu je yang boleh dipersoalkan. Ini kerana ada yang serius buat azam. Ada pula sekadar melepaskan batuk ditangga je

LABI-labi RM250



Terhenti sekejap melihat Labi2 yang dijual dgn harga Rm250 ni. Tapi ada pula sorang nak beli murah sikit dan nak lepaskan kemudian. Errmm... macam2 ada la ni. Ada yang cari, ada pula yang nak beli n lepaskan.

4.1.12

Selamat Bersama Kepada Tuan PPD



Walaupun dah 4hb dan tuan PPD tidak lagi bertugas di PPD Padawan namun kerja2 di setiap unit kena di teruskan juga. Semalam.. taklimat bersama rakan sepejabat. Memang sangat banyak kerja yang kena diuruskan. Bukan sahaja bekerja tetapi semua kerja itu akan dinilai dan bukan sahaja suka2 dinilai tetapi tidak boleh ada kelemahan dan kesilapan. Kenapa? Sebab ia akan sedikit sebanyak mencerminkan jabatan sedia ada. So, memang payah tapi kena diusahakan jua.

Justeru, terfikir pula dgn bekas PPD yang lepas. Memang bila dah tidak bertugas lagi memang beban akan menjadi sangat ringan kerana tiada benda sangat nak difikirkan dan ia tidak menekan langsung. Itulah salah satu dari pemberian 'Pencen' di mana tekanan akan berkurangan dan lebih banyak masa utk melayan hobi masing2 selain komunikasi dgn generasi kita akan lebih baik.

Bagi saya sendiri, beliaulah PPD pertama.. kerana maklumlah baru pertama kali bekerja di PPD. Sejak 2010, barulah saya semakin faham dan mengerti pengurusan sistem pendidikan dan pengurusan jabatan dgn lebih mendalam. Bagaimana membuat keputusan dan melayani permintaan dan keperluan masyarakat itu. Bukan mudah tetapi ia harus ditangani baik bagi memberi kebaikan kepada kedua2 pihak.

Akhir kata, selamat bersara dan berbagia kepada bekas PPD Padawan dan sampai jumpa lagi. TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...