Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

10.1.12

SAYA MENDIDIK. Ye ke?



Tuan/puan, rkaan pembaca..

Saya tertarik dgn pemikiran ini bahawa ramai yang menyatakan mereka mengajar. ye la sebagai seoranbg pendidik, tugas mereka adalah untuk mengajar. Dari taska ke atau hinggalah ke peringkat lebih tinggi ramai akan keluarkan statement ini.

CUMA. . . . bezanya adalah NILAI yang kita bawa sebagai seorang pendidik berbeza sesama kita.
CARA atau strategi tangani permasalahan atau rutin harian juga tidak sama. Ini lah yang menyebabkan seseorang pendidik/ pengajar itu berbeza. Inilah juga faktor kepada penyebab isu/gejela/ tindak-tanduk rakan pendidik berbeza antara satu sama lain.

Jika seseorang itu menangani karenah budak2 dgn nilai seorang ibu atau bapa.. ia tidak akan sama jika seorang yang tegas pula menangani budak yang sama. Impaknya pasti akan berbeza. Sama juga jika seorang guru itu membawa nilai rakan, mendidik di dalam kelas. Akan ramai lah murid2 mendampingi dia. Mesra sentiasa senyum seadanya. Semuanya ini akan membawa kepada hasil yang berbeza2.
Justeru apa patut kita buat? Nak jadi bapa selalu xde ketegasan, susah juga. Asyik jadi rakan.. budak2 naik kepada pula. Bagaimana?

Kebijaksanaan harus ada pada setiap pendidik iaitu bertindak bijak pada setiap masa dalam menangani karenah anak2 murid. Mereka akan degil, manja, merajuk dan marah pada guru. Lalu, guru juga harus bertindak sesuai apa berlaku. Andaikata seorang murid nak terjun dari tingkat tinggi, nilai seorang manusia yang menyayangi manusia lain harus ada.. iaitu niat nak menyelamatkan nyawa sahaja. Jika murid sedang kecewa, aib, malu dan hilang penghormatan... pujuklah dia dulu dan sematkan nilai yang bersesuaian sesudah itu.

Ramai pendidik dewasa ini hanya mendidik dan sapu bersih karakter peribadi kepada semua budak2 dalam kelasnya. Yang nak mesra dimarahnya. Yang malas.. apa lagi. Yang melawan.. memang nak kena la. Ini tidak akan membantu. Di sepanjang perjalanan hidup guru itu, beliau akan berasa tertekan, stres, kecewa dan akan mula hilang self confident.

Justeru, tangani mereka dgn bijak sehingga mereka mula menerima anda dan seterusnya didikan anda dan semua ini pasti membawa kebahagian kepada anda di sepanjang karier anda.

Rumusan: Strategi bijak dan berbeza ..

All d best

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...