Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

4.1.12

Selamat Bersama Kepada Tuan PPD



Walaupun dah 4hb dan tuan PPD tidak lagi bertugas di PPD Padawan namun kerja2 di setiap unit kena di teruskan juga. Semalam.. taklimat bersama rakan sepejabat. Memang sangat banyak kerja yang kena diuruskan. Bukan sahaja bekerja tetapi semua kerja itu akan dinilai dan bukan sahaja suka2 dinilai tetapi tidak boleh ada kelemahan dan kesilapan. Kenapa? Sebab ia akan sedikit sebanyak mencerminkan jabatan sedia ada. So, memang payah tapi kena diusahakan jua.

Justeru, terfikir pula dgn bekas PPD yang lepas. Memang bila dah tidak bertugas lagi memang beban akan menjadi sangat ringan kerana tiada benda sangat nak difikirkan dan ia tidak menekan langsung. Itulah salah satu dari pemberian 'Pencen' di mana tekanan akan berkurangan dan lebih banyak masa utk melayan hobi masing2 selain komunikasi dgn generasi kita akan lebih baik.

Bagi saya sendiri, beliaulah PPD pertama.. kerana maklumlah baru pertama kali bekerja di PPD. Sejak 2010, barulah saya semakin faham dan mengerti pengurusan sistem pendidikan dan pengurusan jabatan dgn lebih mendalam. Bagaimana membuat keputusan dan melayani permintaan dan keperluan masyarakat itu. Bukan mudah tetapi ia harus ditangani baik bagi memberi kebaikan kepada kedua2 pihak.

Akhir kata, selamat bersara dan berbagia kepada bekas PPD Padawan dan sampai jumpa lagi. TQ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...