Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

7.12.12

Singapore : Coretan Rasa



Pelancongan selama 6 hari ke KOTA SINGA memberikan pelbagai impak kepada kami. Setelah berpenat lelah selama 6 hari di sana, ada beberapa tips serta perkongsian yang boleh kita pelajari bersama2. Bagaimanapun kepada para pembaca, ia bukanlah informasi yang merangkumi keseluruhan Kota Singa itu. Sebaliknya sebahagian perilaku dan cerita serta pemandangan yang sempat diperolehi selama berada di sana.

Positif:
  1. Benar seperti dikata.. kota yang bersih. Agak2nya kenapa? Setelah ditilik2. Antara penyebabnya adalah.. banyak CCTV yang memantau semua penduduk di sana. Scr tidaklangsung, bersih la di kebanyakkan tempat. Selain itu bila dah jadi budaya setempat, maka pendatang2 luar juga mengikut budaya tersebut sehingga menjadikan SG 1 negara yang dikenali kerana kebersihannya. Bgmn pun, di beberapa tempat.. keadaan kotor masih kelihatan.
  2. Jalan2 tidak sesak dan jam. Penyebab.. warga SG agak kurang. pendatang pula tidak lah seramai ke SG. Maklumla kerana matawang. Jsuteru, kesesakan tidak kelihatan di sini. Selain itu kerana kemudahan bas dan MRT.. amat membantu dalam mengelakkan kesesakkan tersebut.
  3. Ramai sangat pekerja berbangsa Filipin di Orchard Road. Keadaan amat sesak. Ia kebetulan hari ahad dan ramai yang sedang membuat permit kerja masing2. Secara logiknya memang ramai akan bkerja di SG berbanding Msia kerana matawang main peranan besar dalam menjana pendapatan mereka.
  4. Rakyat Indon agak sedikit. Antara sebab.. kurang fasih berbahasa inggeris.
  5. Makanan dan pelbagai barangan adalah lebih kurang sama dgn Msia dan ada sesetengahnya agak murah. Namun setelah ditukar kepada matawang Msia (SGD 2.5).. maka mahal juga la bagi kita
  6. Lebih elok menukar wang anda di Singapore berbanding di Msia. Nilai agak tinggi sedikit.
  7. MRT amat lancar dan berkesan.Perjalanan amat cepat n efisien. Laluan bagi pengguna stroller dan pembawa beg2 berat amat senang kerana tidak perlu diangkat. Di setiap laluan ada dibuat jalinan beralun yang menyambungkan tempat tinggi dan rendah.
  8. Tidak boleh makan sesuka hati di tempat2 awam spt di MRT dll. Inilah punca kebersihan nya.
  9. Bagi rakyat Msia, melancong ke SG agak senang kerana menggunakan bahasa Inggeris dan kadang2 bahasa Msia. Namun bagi rakyat China yang mungkin lemah bahasa Inggeris.. hidup di sini agak sukar kerana tanda2 jalan kebanyakkan menggunakan bhs Ingerris. Bagaimanapun di sesetengah tempat.. ada budaya Cina yang masih amat kuat.
  10. Pengguna MRT/ bas.. lebih elok beli kad dgn reload agar lebih cepat bergerak dan agak menjimatkan berbanding tpaksa bhenti di setiap lokasi utk memdapatkan tiket2 dari 1 destinasi ke 1 destinasi.
  11. Bagi yang hendak ke bangunan spt perahu di Marina Bay.. ambil MRT ke Bay Front.
  12. Stroller atau pelbagai alat membawa budak2 kecil dsediakan di banyak tempat menjadikan pilihan baik dan sesuai kepada ibu bapa yang mungkin keletihan menggendong anak2 mereka.Cash converter di SG juga turut menjual alat ini dgn harga murah. Ada baiknya plancong mendapatkan 1 sebelum memulakan perjalanan mereka.
  13. Universal: elok ke sana seawal mungkin dan mula masuk pada waktu ia dibuka. Mulakan sama ada di sebelah kiri atau kanan dan jangan lupa pada jam2 akhir anda ada yang sebelah lagi utk dikunjungi. Bukan apa.. kadang2 lupa sebab seronok dgn pelbagai benda yg dlihat.
  14. Jika anda pengguna smart phone dan wajib berinternet; beli sama ada sim pack 5 hari unlimited internet access di airport (SGD18) atau 1 lagi.. lupa plak apa nama sim tersebut. Ia boleh didapati di kedai2 HP utk akses selama beberapa hari. Sebab maklum la.. kadang2 FB perlu d update; Whatsapp perlu dilayan utk rakan2 di negara masing2.
  15. Kalau nak lagi berjimat.. tinggal lah di back packers inn yang lebih murah. Lagi pun kita bukan nak banyak tidur disana. sebaliknya lebih banyak berjalan. Asal buka mata je.. jalan.
  16. Beli/ makan makanan je. Air tidak perlu. Sebaliknya sentiasa beli air minuman botol supaya dibawa ke mana2 shj. Kalau dah duduk kedai kopi tu nanti, minum air tu je. Pasti jimat.
  17. Kalau beli tiket.. sentiasa tambah/ beli 15kh extra bila balik nanti; sebab pasti akan membeli oleh2 dan barang2 kenangan. Wajib beli; kalau tidak memang akan terburai la dompet membayar lebihan berat beg anda.
  18. Nak ke ZOO: elok la pergi kalau hari tidak hujan; kalau tidak buat rugi je; sebab kena jalan sana sini dalam kebasahan dan ia membuatkan anda akan rasa tidak selesa. Elok sewa  kenderaan ala2 basikal elektrik. Mesti la !!!. Letih juga berjalan ooo. So kalalu guna tu, anda dengan sesuka hati layan lokasi2 pilihan anda dan bergerak terus ke lokasi lain dgn lebih cepat. Kalau nak guna tram.. nak tunggu lagi dan berhenti pun di stesen2nya sahaja.
  19. Elakkn membeli cenderamata yang membahayakan jiwa dan raga sebab negara ni agak strict dalam mengawal kemasukan brg2 ke dalam flight. Cthnya: minuman tin; air mineral; gunting etc.
  20. Kos: kalau dah beli tiket pergi balik.. cash pula: . . . . inn lebih kurang SG32 smalam; makan boleh jimat2; air minuman pcuma pun banyak disediakan .. so standby SGD1000 je la kot bsamaan RM2500; gerenti tidak habis dipakai. So kalau flight murah.. ;agi la jimat
Negatif:
  1. Di sebahagian tempat yang di telusuri.. rata2 warga nya agak kurang mesra dan tidak begitu melayan orang ramai. Sama ada di airport, kedai2 di pasar, lokasi2 pelancongan. ada yang sampai menjawab ' i dont know'. Agak ramai pula yg menyepi dan bsikap tidak kisah bila ramai yg layan HP sama ada mnonton movie/ video atau mdengar lagu2. Seolah2 tidak mahu diggangu.
  2. Makanan agak berminyak berdasarkan santapan semasa di beberapa kedai.
So.. sekali lagi.. semoga para pemabaca menjadikan ia sebagai tips bguna utk melancong ke negara tersebut dan bukan mjadikan ia satu propaganda heheheh. Peace..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...