Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

27.1.16

Permohonan ke IPG (Nak Jadi Cikgu ke?)





Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2015 (PPISMP) - Permohonan Guru IPG 2015.
Perhatian dan berita baik untuk pelajar lepasan SPM/ STAM/ MATRIKULASI dan berminat untuk menjadi guru atau cikgu, iklan untuk permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2015 (PPISMP) tajaan KPM di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG) akan disiarkan di akhbar-akhbar utama tempatan pada 15 Februari 2015 (AHAD).

Permohonan Calon Guru PISMP 2015 akan di buka secara online pada 17 Feb 2015 dan tarikh tutup adalah pada 8 Mac 2015 (jam 1159 malam). Berikut adalah Program yang ditawarkan:
 

1) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
2) Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke universiti terkemuka luar negara - bagi bidang Bahasa Arab & Pengajian Islam di Jordan & Bahasa Perancis
3) Program PISMP (khas) bagi lulusan SMA/SMU di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.

 

Sebarang maklumat lanjut boleh layari Laman Web KPM di www.moe.gov.my
 

Applikasi permohonan - Klik PISMP 2015

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Ambilan 2015. Kalendar aktiviti penuh Permohonan Guru IPG 2015 boleh layari di IPG.
15 Feb 2015 - Iklan permohonan PPISMP Ambilan Jun 2015 dalam akhbar tempatan
17 Feb hingga 8 Mac 2015 - Permohonan secara online di buka
23 hingga 29 Mac 2015 - Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
30 Mac hingga 3 April 2015 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)


IKLAN IPG 2015. Klik SINI untuk iklan di akhbar-akhbar utama tempatan.




UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) 
A. Sesi Ujian Bertulis 
·         Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
B. Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal
·          Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
·         Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
·         Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .
SESI TEMU DUGA 
·         Temuduga maktab perguruan hanya bagi calon yang berjaya dalam UKCG
·         Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
·         Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.
PEMILIHAN 
·         Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Panduan penting UKCG

Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.



Contoh Soalan INSAK Untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) |
Bagi mereka yang bakal menduduki UJIAN KELAYAKAN CALON GURU ambilan Jun 2014, berikut adalah Contoh Soalan INSAK untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Soalan INSAK lebih menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah, dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru.






http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_003826.jpg







Antara Soalan Yang Ditanya Semasa Temuduga
  1. isu PPSMI-setuju/tidak dimansuhkan?kenapa?
  2. PIPP – apakah yang dimaksudkan dengan sekolah kebangsaan,bagaimana untuk memperkasa sekolah kebangsaan, baca secara ringkasdan fahami setiap elemen dalam PIPP
  3. 1Malaysia-apakah slogan, konsep, ada dua aspek iaitu teras perpaduandan nilai aspirasi, teras perpaduan terdiri daripada penerimaan. keadilansosial, prinsip kenegaraan.nilai aspirasi antaranya kebijaksanaan,kesetiaan,….apa beza 1Malaysia dgn Malaysian Malaysia.
  4. hafal menteri-menteri terutama menteri pelajaran, timbalan menteripelajaran, ketua pengarah pelajaran.
  5. apakah cabaran guru?
  6. simple question-kenapa minat jadi cikgu?
  7. apa beza sekolah cluster, sekolah wawasan dgn sekolah bestari
  8. siapakah bapa pembangunan, pemodenan, kemerdekaan
  9. Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolahluar Bandar yang serba kurang.
  10. Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitandengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.

Bagi anda yang bakal menduduki ujian ini pada 15-17 april 2014, jom baca dengan teliti apa yang saya tuliskan.
  1. Bagi yang akan menduduki ujian ini pastikan anda menghadiri 30 minit lebih awal kerana disana nanti anda dikehendaki menyemak senarai nama yang telah ditampal pada papan kenyataan dan ingat No Meja anda. (kerana pernah berlaku,perebutan meja , munkin seorang tu masa ujian sesi kedua ataupun tersilap tengok no meja.)
  2. Semasa nak semak no meja pastikan anda perhatikan betul-betul tarikh, hari dan masa ujian anda dan no pusat ujian.
  3. Tidaklah perlu khuatir, kerana ujian ini tidak memerlukan daya fikiran yang tinggi, hanya menanyakan soalan mengenai sahsiah sahaja dan diri kita sahaja.
  4. Semasa berada dalam dewan ujian, pastikan anda dengar betul-betul arahan daripada pengawas peperiksaan.
  5. Ketika menjawab ujian pastikan anda menjawab secepat munkin, kerana soalan tersebut mengandungi 195 soalan dalam masa 45minit, soalan Bahagian A 135 soalan, dijawab pada kertas OMR jawapan A dan B pada muka hadapan, dan soalan Bahagian B 60 soalan, A,B,C,D dijawab pada muka surat belakang.
  6. Anda wajib menjawab semua soalan, kegagalan menjawab soalan disebabkan anda tersingkir.
  7. Bagi Ujian Kecerdasan Fizikal, pastikan anda lihat masa pada surat tawaran ujian tersebut, usah tengok pada kolompok, anda perlu memastikan anda berada ditempat ujian tersebut pada tarikh yang dinyatakan.
  8. Ujian ini dijalankan selama 30 minit setiap kolompok. Anda akan diberikan satu kertas kecil bernombor 1-5.
  9. Ujian ini ada 5 check point yang anda perlu selesaikan dalam masa 30 minit,check point pertama adalah ukuran berat badan dan tinggi (BMI),
  10. Check point kedua ialah, menjalani ujian ketegangan urat anda iaitu mengandungi 5 tahap. Tahap pertama dalam keadaan tidur, lutut dan paha mestilah berada 90 darjah. Anda dikehendaki meluruskan tangan anda dan bangun, tangan mestilah mengenai lutut. Tahap kedua luruskan tangan tapi siku anda mestilah mengenai lutut, tahap ketiga silangkan tangan seperti dalam keadaan solat, kemudian bangun dan rapatkan kepala anda sehingga ke lutut. Tahap 4, silangkan tangan diatas kepala, dan pastikan tangan dan kepala sama-sama terangkat dan mestilah mengenai lutut. Tahap kelima ialah silangkan tangan di belakang kepala, pastikan kepala mengenai lutut.
  11. Kemudian check point ke 3 ialah anda dikehendaki lompat selama 10 saat dan dilarang terpijak garisan. Garisan tersebut berbentuk tambah + anda dikehendaki lompat secepat munkin keempat-empat ruangan dalam petak tambah.
  12. Check point keempat ialah, anda dikehendaki membuka kaki sekurang-kurangnya satu hasta, kemudian tangan anda mesti menyentuh lantai, kemudian berpaling ke belakang dan menyentuh dinding. Setiap 1 dinding disentuh dikira satu mata. Ujian ini dijalankan selama satu minit, untuk mendapatkan markah penuh anda mesti selesaikan 45 kali.
  13. check point kelima ialah, anda dikehendaki lari sejauh 20meter secara ulang alik. Check point ini mengandungi 6 tahap, setiap satu tahap anda dikehendak berlari ulang alik sebanyak 3 kali, iaitu 120 meter, setiap satu tahap. Check point ini adalah yang paling mencabar kerana ketika ini ramai calon pitam dan pengsan ketika berlari.
(perhatian: untuk ujian kecergasan fizikal, calon dikehendaki makan terlebih dahulu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.)
Penulis tidak bertanggungjawab, sekira tidak sama apa yang disampaikan. Saya tulis hanya untuk berkongsi apa yang penulis hadapi semasa ujian. :)
Semoga bermanfaat :)
http://i1.wp.com/www.ahmad-amiruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/ipg-1.png
http://i1.wp.com/www.ahmad-amiruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/ipg-2.png

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...