Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

27.1.16

Permohonan ke IPG (Nak Jadi Cikgu ke?)





Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2015 (PPISMP) - Permohonan Guru IPG 2015.
Perhatian dan berita baik untuk pelajar lepasan SPM/ STAM/ MATRIKULASI dan berminat untuk menjadi guru atau cikgu, iklan untuk permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2015 (PPISMP) tajaan KPM di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG) akan disiarkan di akhbar-akhbar utama tempatan pada 15 Februari 2015 (AHAD).

Permohonan Calon Guru PISMP 2015 akan di buka secara online pada 17 Feb 2015 dan tarikh tutup adalah pada 8 Mac 2015 (jam 1159 malam). Berikut adalah Program yang ditawarkan:
 

1) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
2) Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke universiti terkemuka luar negara - bagi bidang Bahasa Arab & Pengajian Islam di Jordan & Bahasa Perancis
3) Program PISMP (khas) bagi lulusan SMA/SMU di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.

 

Sebarang maklumat lanjut boleh layari Laman Web KPM di www.moe.gov.my
 

Applikasi permohonan - Klik PISMP 2015

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Ambilan 2015. Kalendar aktiviti penuh Permohonan Guru IPG 2015 boleh layari di IPG.
15 Feb 2015 - Iklan permohonan PPISMP Ambilan Jun 2015 dalam akhbar tempatan
17 Feb hingga 8 Mac 2015 - Permohonan secara online di buka
23 hingga 29 Mac 2015 - Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
30 Mac hingga 3 April 2015 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)


IKLAN IPG 2015. Klik SINI untuk iklan di akhbar-akhbar utama tempatan.




UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) 
A. Sesi Ujian Bertulis 
·         Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
B. Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal
·          Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
·         Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
·         Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .
SESI TEMU DUGA 
·         Temuduga maktab perguruan hanya bagi calon yang berjaya dalam UKCG
·         Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
·         Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.
PEMILIHAN 
·         Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Panduan penting UKCG

Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.



Contoh Soalan INSAK Untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) |
Bagi mereka yang bakal menduduki UJIAN KELAYAKAN CALON GURU ambilan Jun 2014, berikut adalah Contoh Soalan INSAK untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Soalan INSAK lebih menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah, dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru.






http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_003826.jpg







Antara Soalan Yang Ditanya Semasa Temuduga
  1. isu PPSMI-setuju/tidak dimansuhkan?kenapa?
  2. PIPP – apakah yang dimaksudkan dengan sekolah kebangsaan,bagaimana untuk memperkasa sekolah kebangsaan, baca secara ringkasdan fahami setiap elemen dalam PIPP
  3. 1Malaysia-apakah slogan, konsep, ada dua aspek iaitu teras perpaduandan nilai aspirasi, teras perpaduan terdiri daripada penerimaan. keadilansosial, prinsip kenegaraan.nilai aspirasi antaranya kebijaksanaan,kesetiaan,….apa beza 1Malaysia dgn Malaysian Malaysia.
  4. hafal menteri-menteri terutama menteri pelajaran, timbalan menteripelajaran, ketua pengarah pelajaran.
  5. apakah cabaran guru?
  6. simple question-kenapa minat jadi cikgu?
  7. apa beza sekolah cluster, sekolah wawasan dgn sekolah bestari
  8. siapakah bapa pembangunan, pemodenan, kemerdekaan
  9. Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolahluar Bandar yang serba kurang.
  10. Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitandengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.

Bagi anda yang bakal menduduki ujian ini pada 15-17 april 2014, jom baca dengan teliti apa yang saya tuliskan.
  1. Bagi yang akan menduduki ujian ini pastikan anda menghadiri 30 minit lebih awal kerana disana nanti anda dikehendaki menyemak senarai nama yang telah ditampal pada papan kenyataan dan ingat No Meja anda. (kerana pernah berlaku,perebutan meja , munkin seorang tu masa ujian sesi kedua ataupun tersilap tengok no meja.)
  2. Semasa nak semak no meja pastikan anda perhatikan betul-betul tarikh, hari dan masa ujian anda dan no pusat ujian.
  3. Tidaklah perlu khuatir, kerana ujian ini tidak memerlukan daya fikiran yang tinggi, hanya menanyakan soalan mengenai sahsiah sahaja dan diri kita sahaja.
  4. Semasa berada dalam dewan ujian, pastikan anda dengar betul-betul arahan daripada pengawas peperiksaan.
  5. Ketika menjawab ujian pastikan anda menjawab secepat munkin, kerana soalan tersebut mengandungi 195 soalan dalam masa 45minit, soalan Bahagian A 135 soalan, dijawab pada kertas OMR jawapan A dan B pada muka hadapan, dan soalan Bahagian B 60 soalan, A,B,C,D dijawab pada muka surat belakang.
  6. Anda wajib menjawab semua soalan, kegagalan menjawab soalan disebabkan anda tersingkir.
  7. Bagi Ujian Kecerdasan Fizikal, pastikan anda lihat masa pada surat tawaran ujian tersebut, usah tengok pada kolompok, anda perlu memastikan anda berada ditempat ujian tersebut pada tarikh yang dinyatakan.
  8. Ujian ini dijalankan selama 30 minit setiap kolompok. Anda akan diberikan satu kertas kecil bernombor 1-5.
  9. Ujian ini ada 5 check point yang anda perlu selesaikan dalam masa 30 minit,check point pertama adalah ukuran berat badan dan tinggi (BMI),
  10. Check point kedua ialah, menjalani ujian ketegangan urat anda iaitu mengandungi 5 tahap. Tahap pertama dalam keadaan tidur, lutut dan paha mestilah berada 90 darjah. Anda dikehendaki meluruskan tangan anda dan bangun, tangan mestilah mengenai lutut. Tahap kedua luruskan tangan tapi siku anda mestilah mengenai lutut, tahap ketiga silangkan tangan seperti dalam keadaan solat, kemudian bangun dan rapatkan kepala anda sehingga ke lutut. Tahap 4, silangkan tangan diatas kepala, dan pastikan tangan dan kepala sama-sama terangkat dan mestilah mengenai lutut. Tahap kelima ialah silangkan tangan di belakang kepala, pastikan kepala mengenai lutut.
  11. Kemudian check point ke 3 ialah anda dikehendaki lompat selama 10 saat dan dilarang terpijak garisan. Garisan tersebut berbentuk tambah + anda dikehendaki lompat secepat munkin keempat-empat ruangan dalam petak tambah.
  12. Check point keempat ialah, anda dikehendaki membuka kaki sekurang-kurangnya satu hasta, kemudian tangan anda mesti menyentuh lantai, kemudian berpaling ke belakang dan menyentuh dinding. Setiap 1 dinding disentuh dikira satu mata. Ujian ini dijalankan selama satu minit, untuk mendapatkan markah penuh anda mesti selesaikan 45 kali.
  13. check point kelima ialah, anda dikehendaki lari sejauh 20meter secara ulang alik. Check point ini mengandungi 6 tahap, setiap satu tahap anda dikehendak berlari ulang alik sebanyak 3 kali, iaitu 120 meter, setiap satu tahap. Check point ini adalah yang paling mencabar kerana ketika ini ramai calon pitam dan pengsan ketika berlari.
(perhatian: untuk ujian kecergasan fizikal, calon dikehendaki makan terlebih dahulu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.)
Penulis tidak bertanggungjawab, sekira tidak sama apa yang disampaikan. Saya tulis hanya untuk berkongsi apa yang penulis hadapi semasa ujian. :)
Semoga bermanfaat :)
http://i1.wp.com/www.ahmad-amiruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/ipg-1.png
http://i1.wp.com/www.ahmad-amiruddin.com/wp-content/uploads/2014/04/ipg-2.png

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2016



Kepada semua kakitangan sektor awam boleh tanda di Kalendar masing-masing.

Lampiran jadual pembayaran di bawah adalah satu tarikh gaji sama untuk semua negeri. Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)  

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2016

21 Januari
Khamis
25 Februari
Khamis (Tahun Baru Cina 8, 9 Februari)
24 Mac
Rabu
25 April
Khamis
24 Mei
Khamis (Pesta Keamatan 30, 31 Mei)
23 Jun
Khamis (Hari Gawai 1, 2 Jun)
25 Julai
Khamis (Hari Raya Aidilfitri 6, 7 Julai)
25 Ogos
Selasa
22 September
Khamis (Hari Raya Aidiladha 12 September)
20 Oktober
Khamis (Hari Deepavali 29 Oktober)
24 November
Rabu
20 Disember
Khamis (Hari Krismas 25 Disember)
Semoga dapat membantu anda merancang percutian atau balik kampung sesuai dengan kalendar cuti sekolah dan umum 2016 Malaysia.

26.1.16

Personaliti Mengikut Kumpulan Darah. Apa personaliti anda?









Personaliti anda pada JARI KAKI anda



Sedikit info utk tatapan bersama

1. Jempol kaki
Jika jempol kaki lebih panjang dari jari kaki lainnya, Anda adalah seorang pemikir, pintar dan kreatif. Anda memiliki ide-ide dan solusi cerdik untuk mengatasi masalah. Pada sisi negatifnya, Anda memiliki masalah dengan fokus.

Jika jempol relatif lebih kecil, ini menunjukkan bahwa Anda memiliki kemampuan multi-tasking (bisa mengerjakan banyak hal dalam satu waktu). Ada dapat mendelegasikan sesuatu dengan efektif dan efisien.

2. Jari telunjuk
Semakin panjang jaeri telunjuk kaki, maka makin tinggi kualitas kepemimpinan yang Anda miliki. Anda dinamis dan berakal panjang, tetapi Anda cenderung lebih bersifat otoriter.

Jari telunjuk yang pendek menunjukkan Anda senang menunggu. Anda menghargai harmoni dan tidak akan mencoba untuk melibas jalan.

3. Jari tengah
Dalam ilmu China, panjang jari tengah dikaitkan dengan energi, kemauan dan kekuatan. Jika relatif panjang, itu berarti Anda sangat energik dan banyak ide. Anda perfeksionis dan memiliki tekad yang besar. Sayangnya, cenderung membiarkan pekerjaan diambil alih diri Anda dan melupakan kesenangan, cinta dan keluarga.

Jika ukurannya pendek, Anda suka menikmati kesenangan hidup. Anda suka santai dan banyak orang yang menuduh Anda malas, namun Anda akan berpikir bahwa hidup ini singkat jadi harus dinikmati.

4. Jari manis
Jika ukurannya relatif panjang dan lurus, tandanya Anda mencintai keluarga. Anda adalah pendengar dan pengasuh yang baik. Orang China mengatakan Anda berjiwa lembut. Bila ukurannya pendek, maka keluarga dan hubungan asmara bukanlah prioritas bagi Anda.

5. Jari kelingking
Jika Anda dapat menggoyangkan jari kelingking secara terpisah dari empat jari lainnya, maka Anda cenderung impulsif, petualang dan memiliki pesona dalam menggoda.

Personaliti di JARI anda



Jenis A: Seseorang yang charming



Mereka yang mempunyai jari manis lebih panjang dari jari telunjuk biasanya charming, menarik dan sentiasa disenangi ramai orang. Kamu boleh kawtim dengan mana-mana orang dalam mana-mana situasi pun. Kamu pandai meyakinkan seseorang dan seorang penyelesai masalah yang baik. Kamu bekerja dalam bidang sains, kejuruteraan, askar dan penjawap kuiz atau teki teki

Jenis B: Seseorang yang yakin dan fokus



Mereka yang mempunyai jari manis lebih pendek adalah seorang yang yakin dan tegas dalam tugasan. Mereka amat fokus dalam kerja tetapi mereka buka introvert. Mereka ada visi dan misi dan tak suka diganggu ketika kerja. Mereka bersyukur dengan apa yang ada tetapi berpendapatkalau lebih banyak lebih bagus



Jenis C: Seseorang yang sukakan kedamaian



Mereka dengan jari seperi ini sukakan keamanan dan tak suka konflik. Mereka juga seorang yang teratur dan mahu berbaik-baik dengan semua orang. Mereka setia, lembut, ambil berat tentang padangan tetapi awas! Sekali kamu buatk mereka marah, buruk padahnya. Jadi jangan cari pasal




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...