Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

22.6.16

Day 11: BlowPipe Run Challenge (24 hours riding from KK to Kuching)



Blowpipe Run ini adalah 1 aktiviti bagi penggemar dunia permotoran di mana mereka perlu bergerak dari KK ke Kuching atau sebaliknya dalam masa 24 jam sahaja dan pada tarikh yang sama. Jika melebihi 24 jam maka cubaan rekod itu dianggap gagal.

Saya cuba buat BR sebab saya memang dalam perjalanan pulang ke Kuching, Jadi, alang2 dah nak balik Kuching, elok juga try buat BR. Kajian berdasarkan Google map memberi saya lebih kurang 24jam 30 min. Ini belum kira saya sesat2, suka tengok tempat2 menarik, kena berhenti banyak kali utk isi minyak dll. Harapan amat tipis namun saya gagahi juga untuk mencuba.

Saya bangun pada pukul 2.30am dan memulakan perjalanan mulai jam 3.00am setelah ambik gambar foto di lokasi TODAK, KK sebagai bukti cubaan rekod ini.

Dipendekkan ceritanya, saya berjaya dengan catatan masa 19 jam dan 20 minit. Satu kepuasan peribadi sebab bukan sahaja berjaya melalui Jelajah Solo Sabah tetapi mampu melakukan BR. Setelah sampai dan pos ketibaan saya.. FB dan WA saya mula sibuk dgn ucapan tahniah dari rakan2 dunia permotoran. Pos2 di FB rasmi BR juga turut menambah rakan2 yang pernah melibatkan diri dalam BR ini.

Apa perasaan? Wow! Mana tidaknya. setelah bermula mulai jam 3am, ride sorang2, tak sempat nak makan nasi, kena hujan, sejuk, basah, memandu sorang2 di jalan gelan dan tidak biasa.. semua perasaan itu hilang dengan ucapan dan rasa syukur sebab selamat dan dapat sampai ke Kuching dan berjaya dalam usaha buat rekod peribadi dalam BR ini.

Sebelum itu.. beberapa kali terfikir masa ride dari KK saya terfikir dan bertanya kepada diri sendiri. Kenapa lah saya buat benda2 macam ini. Jelajah solo amat menarik dan i enjoyed myself tapi BR ni.. memang mencabar mental dan fizikal. Kena lagi hujan, sejuk, gelap dan jalan pun kita tak biasa.. memang membuatkan saya banyak kali terfikir. Kenapa lah ramai rakan2 yang suka buat benda2 macam ini. Heheh. Tapi syabas juga la kepada rakan2 BR yang dah berjaya. Yang tak berjaya..cuba2 lah lagi.


Pakaian masa ride..
Saya pakai baju T biasa. Pakai jaket merah saya. Kalau hujan saya pakai baju hujan biasa saya. Kalau hujan lebat dan mula menyakitkan badan saya pakai 1 jaket tebal utk menghalang hujan.


Minyak
Minyak Y15ZR ni hanya 4.2 liter sahaja. Saya kena isi banyak kali. Kadang2 saya biarkan sampai berkelip2 banyak kali, baru lah saya isi semula. Jadi saya sediakan 3 gelen kecil dan saya masukkan gelen2 itiu dalam side box saya. Hanya tinggal top box saya untuk barang2. Jadi saya langsung tidak risau dgn minyak tak cukup @ kos minyak naik sebab saya hanya beli di stesen2 utama dgn harga standard sahaja. Kalau minyak motor habis, saya akan stop n refill di tepi2 jalan je. Kalau terjumpa stesen minyak, akan akan isi semua gelen dan tangki motor.

Laluan dari tugu TODAK, KK ke tugu Kucing, Kuching; 19 jam 20 minit
Sampai dan berjaya menamatkan BR. Macam2 ditempuhi. Hujan, sejuk, jalan gelap, kena isi minyak banyak kali. Terpaksa lupakan makan lama; hanya sekadar beli2 kueh2 dan makan semasa riding
Bergambar di tugu TODAK di KK. Kategori BR3 adalah ikut cc motor yang di pakai


Berehat sebentar sementara menunggu imigresen Lawas Brunei dibuka pada jam 6am. Dari KK ke sini saya ambil masa 2jam 30 minit. Masa ni saya update2 di online dan rehat2 sikit.

Selfie di tugu kuching, Kuching pada jam 10.20pm

Layan camera 360 semasa riding dari KK ke Kch


Bila terasa bosan memandu tu, ini lah dibuat. ambik je apa2 gambar.
Minyak terpaksa digunapakai sampai signal detector tu dah berkelip berkali2. Ye la.. banyak kali nak refill.. leceh juga. minyak motor Y15ZR ni hanya 4.2liter sahaja. kecil juga sebenarnya





Gambar diambil oleh rakan2 LC KK yang kebetulan masih ronda2 di sekirat KK. alang2 dia ambik gambar sebagai bukti la lebih kurang


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...