Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

21.6.16

JelajahSoloSabah - Day 2: Bergerak dari Bintulul ke Miri pada jam 3 pagi. Wow



Sambil2 relek di Bintulu; ada rakan2 yang dah mula like2 FB dan last2 dimasukkan ke dalam group WA yang dikatakan bertujuan memberi sebarang bantuan kepada sesiapa sahaja semasa jelajah di Sabah nanti. Ini adalah 1 usaha baik dan saya join sahaja, Memang aktif.

Yang agak ketara bagi saya bila ada rakan yang berusaha membantu rakan lalin yang kehabisan minyak dalam perjalanan ke Tawau. masa dah nak tengah malam. Last2 ada bantuan diberikan. Ini sangat hebat sebab rakan2 dalam group WA ni sangat2 membantu.

Saya di ajak oleh rakan2 dari Miri jika mahu bersama mereka ke Tawau. Kebetulan pada masa itu ada event motor di Tawau. Puas berfikir saya menerima pelawaan itu. Tapi bukan riding biasa. Saya kena bertolak sendirian dari Bintulu ke Miri mulai jam 3pagi. Ini bukan kebiasaan saya dan bukan sesuatu yang mudah utk bangun dan bergerak pada jam 3 pagi. keadaan cuaca sejuk dan kebetulan hujan pula di Bintulu masa tu.

Perjalanan diteruskan. Minyak dan isi dalam 3 gelen yang sy masukkan dalam side box yang saya ada. Ini perlu dan rupa2nya amat2 membantu sebab saya tidak perlu susah fikir pasal minyak lagi, Beli je dimana2 Petrol stesen dengan harga murah dan ini sedikit sebanyak menjimatkan kos minyak saya. mungkin ada yang bertanya berapa kos minyak saya. saya kata tidak tahu. sebab saya tidak merekodkan benda2 seperti itu. Jarak KM dilalui juga tidak direkod.

Perjalanan ke Miri sukar kerana keadaan sejuk, hujan lebat dan keadaan jalan agak teruk pada masa itu. Hanya lagu2 yang ada dalam HP menghiasi awal2 pagi saya dalam perjalanan saya ke miri.

Sampai di Miri saya tahu saya tidak dapat bersama kumpulan yang mengajak ke Tawau tadi. Saya teruskan perjalanan dan menghala terus ke imigresen Msia Brunei. Miri saya bypass saja. Dah selalu ke Miri.


kebetulan pula ada rakan2 pengguna Y15zr yang lalu dan nak isi. Terlihat saya.. berbual sekejap dan ambil gambar bersama. Terkejut juga kedengarannya bila tahu saya nak bergerak solo ke miri pada masa itu.




Mula memasuki Brunei. Saya turut masuk Brunei utk seketika. Ronda2 dan ambil gambar sikit2. Masuk Jerudong, Bandar Sri Bagawan

Saya pos gambar ni di FB Blowpipe dan rakan2 yang belum sempat dikenali mula mengucapkan selamat berjaya dan notification mula menghiasi FB saya. Kebetulan saya dah buat tempat utk simpan @ melekatkan HP saya jadi sy boleh layan WA n FB masa berhenti sekejap2 dan respon mana2 yang patut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...