Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

22.6.16

Jejalah Solo Sabah: Macam2 Ada. Pelbagai catatan akhir perjalanan Jelajah Solo Sabah saya



Ini adalah pos yang agak signifikan kepada saya dan saya jadikan pos kenang-kenangan saya dalam blog ini; mudah2an ia dapat dijadikan sumber info kepada para penjelajah yang berminat nak ke Sabah selepas ini.

Keselamatan:

Dari aspek keselamatan, rasanya tidak lah perlu dirisaukan jika anda pakai jalan2 utama dan bergerak pada waktu siang;

Rakan2 bikers di Sabah juga unik dan hebat kerana ada Whatsapp group yang bertujuan memberi pelbagai bantuan kepada semua bikers yang sentiasa bergerak aktif di seluruh Sabah. Habis minyak ke, bantuan teknikal ke. Bikers yang paling hampir dengan lokasi anda menghadapi masalah akan berusaha untuk membantu semasa ahli.

Keadaan di seluruh bandar2 di Sabah lebih kurang dengan bandar2 kita yang ada di Msia juga;

Cuma kena hati2 dgn selekoh2 tajam, jalan2 yang membonjol disebabkan lori2 berat muatan yang menjadikan jalan rosak seperti itu.

Minyak: Bagi bikers Sabah, mereka dah agak sedia maklum dengan jarak dan kuantiti minyak yang diperlukan. Tapi bagi saya yang baru.. saya sediakn 3 gelen kecil yang saya masukkan dalam side box saya utk keperluan minyak. Bila jumpa stesen minyak yang utama baru saya akan isi kembali gelen2 yang kosong tadi. Secara tidak langsung, ini menjimatkan kos minyak saya sebab harga lebih murah di stesen2 utam berbanding minyak2 yang dijual di tepi2 jalan.

Photo: elok juga rasanya HP dilekatkan pada motor anda. anda boleh klik sahaja untuk ambik gambar dan jika perlu sekali sekala selfie dengan menggunakan timer.

GPS di HP: Kalau perlu set GPS laluan anda masa nak memulakan perjalanan. Seperti saya, saya letak atau lekatkan HP saya di hadapan agar mudah akses utk apa2 keperluan masa riding. Lepas set GPS dan bila daha ada laluan dibentuk maka untuk menjimatkan data.. set mode GPS anda kepada GPS sahaja. maknanya kali ini tidak perlu pakai data lagi. Tapi HP anda kena direct ke langit. Jika terhalang maka data diperlukan.

Sama juga jika nak melintasi Brunei, set GPS HP anda di Msia. Bila masuk Brunei, laluan akan tiada sebaliknya hanya titik kecil akan kelihatan bergerak di laluan jalan dalam HP anda. Apa yang anda perlu buat hanya lah cuba utk terus ikut laluan jalan yang telah di set tadi. Sekurang2nya anda tidak terbabas jauh dari GPS awal tadi. Bila masuk Msia semula, setting jalan di peringkat awal tadi akan muncul kembali.


Pakaian: rasanya tak payah bawa pakaian banyak2; beli sebagai tanda kenangan atau buat t shirt di kedai2 yang anda jumpa; jadi lah kenangan kepada anda juga. Saya beli beg yanga da tulisan waterproof tapi memang tak berapa nak waterproof la pula. so elok anda bawa beg sampah tebal yang besar sahaja; masukkan barang2 anda dalam plastik dan baru masukkn dalam beg anda.

Komunikasi: Sangat perlu rasanya HP anda ada kredit dan ada data sekali. Data amat perlu utk upload gambar2; pakai GPS dan cari info2 semasa. Kredit pula penting utk kes2 kecemasan; call2 hotel @ inn dilokasi anda bermalam. Anda cari hotel pakai internet. bila dah dapat baru anda call utk kepastian

Makan minum: Tak jadi masalah; ronda dari pagi ke petang. Ambik hotel dan keluar la sebelah malam utk makan malam. banyak kedai.


Keperluan lain: Hanger kena bawa. cuci barang2 anda dan jemur je dalam bilik hotel yang ada kipas; guna hanger tu utk gantung dimana2 yang sesuai. Pasti kering bila anda bangun pagi.

Cuasa: Bagi big bikers.. kebanyakkan mereka tak kesah dengan hujan. Redah je. Cuma motor2 bersaiz kecil yang ada kalanya berhenti.. sekadar utk rehat2 dan lepak2 dgn kawan2. Bagaimanapun jika kita tak kesah dgn BASAH.. jalan je sebab selalunya hujan tiada dihadapan. Lagi2 kalau kita nak cepat. Redah je hujan dan tak lama nanti pasti tiada hujan di hadapan.
Tiada persediaan awal; bila dah habis jelajah baru nak buat sticker 
Sticker tanda kenangan dari kudat
Kasut getah dipakai sepanjang perjalanan; tak risau basah  atau kering,
Sempat beli sticker sabah


Jumpa kawan lama


modified - untuk botol air mineral; terpaksa sambung kayu sebab dah patah; hahah


Untuk letak HP; sepanjang masa boleh akses FB, WA dll termasuk ambik gambar2




Gunung: Kagum




The RED telah berada di SABAH














Laluan jelajah SOLO




Rakan baru yang terjumpa di Bintulu


Pengerusi LC di KK; bro RUSDI


Pengerusi LC Kudat Bro Razali


Otai rider; jumpa di Nabawan.. Bro RULY


Jackie the king; heheh; Bro Jack di Nabawan
Install charger HP


Baru perasan tentang 0Km di setiap bandar



Buat embroidery di jaket merah.. sebagai tanda ingatan jelajah solo ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...