Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

22.6.16

JelajahSoloSabah - Day 3 & 4 : Kundasang dan Ranau



Perjalanan jelajah solo saya macam no.8. sebab itu berada di Kundasang dan Ranau seperti lama sedikit.

Laluan hari ke3 saya bermula dari Limbang terus ke Kundasang. Hujan2 dalam perjalanan, sejuk dan riding semakin perlahan. Sesekali berhenti untuk ambik gambar.

Saya bermalam di Kundasang..setelah puas mencari dan call banyak hotel, inn, homestay dll. Hari semakin gelap dan saya plan nak pergi ke Ranau sahaja. Mudah2an ada penginapan di sana. Walaupun dalam hati.. belum pasti ada penginapan kosong. Namun dalam perjalanan ke sana, saya terlihat sebuah lodge. Saya terus mencari penjaga @ pemiliknya dan terus beritahu susah nak dapat bilik sekarang . Saya terus bertanya dan meminta kepada dia kalalu saya dapat tinggal sebilik dengan dia untuk 1 malam sahaja dan akan membayar. Ini polisi terdesak sebab tiada lagi tempat untuk bermalam. Masa ni la saya mula teringat alangkah baiknya kalau saya bawa khemah yang saya beli sebelum ini.

Tapi mujur la dia beritahu agar saya tidur di 1 bilik yang ada ..tapi d lantai sebab dia risau tidak sempat nak kemaskan keesokan harinya kerana ada penyewa akan masuk. Saya apa lagi. Terus ka ok. sekadar tidur di lantai..tiada masalah langsung. done


Masa bergerak ke Kundasang..terjumpa dengan sekumpulan riders yang turut sama ke Kundasang. Lepak2 kejap dan berbual2 bersama mereka. seronok berjumpa orang2 yang tidak dikenali tapi berbual2 relek je dek kerana motor yang menjadikan semuanya sama. Salam brothehood la semua.




Sesekali berhenti untuk foto


Banyak kali kagum dengan gunung2 disekitar kawasan ini. Dengan suhu sejuk, cuaca dingin.. riding di sini memang menarik. 


Pemandangan seperti ini menghiasi laluan ke Kundasang


Pastinya view2 gunung yang menarik akan membuatkan saya berhenti seketika utk ambik gambar














Masuk ke kawasan Memorial dan layan apa yang ada


Ini kes saya cuba nak cari taman strawberi di Kundasang dan terpaksa menjelaha jauh ke atas dan disebalik bukit2 melimpasi tempat lembu. Last2 terjumpa 1 kawasan penanaman sayur yang lagi besar di sebalik bukit itu. pusing2 punya pusing..tidak juga jumpa strawberi.

Saya plan untuk cancel n balik guna jalan yang sama sahaja. Dalam perjalanan saya berjumpa dengan pekerja indonesia dan memberitahu saya bagus pakai laluan shortcut di hadapan. kebetulan dia menghala ke laluan hadapan, saya suruh dia jadi petunjuk arah dan bawa sekali dia naik The Red.






Taman strawberi. Ini bukan yang sepatutnya. Tempat ini milik persendirian; sangat kecil; baru lepas berbuah dan telah habis dipetik. Tidak berbaloi untuk anda kesini. Dikhabarkan..memang ada 1 taman strawberi lain yang lebih besar. Cuma saya belum jumpa lagi. Lain di cari..lain pula yang di temui.




amat indah dan mendamaikan


Perjalanan dari Keningau ke Sandakan. Sejuk..embun pagi yang tebal. Sunyi


Sesekali akan jumpa sungai2 yang jernih dan pastinya amat sejuk. Teringin mandi tapi keadaan belum mengizinkan


The HEART of SABAH. Terjumpa masa ke Sandakan. Letaknya cuma di bahu jalan. Saya berputar balik dan ambik gambar untuk kenangan


Rumah2 di kawasan Kundasang


Kebetulan ada PELANGI menghiasi pemandangan di Kundasang


Saya cuba cari PENGHUJUNG PELANGI namun begitulah imej yang kelihatan






Amat indah dan mengkagumkan




Pekan Kundasang. dipenuhi dengan pelancong2 dan peniaga2 tempatan






Kelihatan kesan2 gempa bumi dan heretan batu2 gunung ke tanah rendah. Yang ada batu2 besar yang unik








Ini lah antara kebun2 yang berskala besar di sebalik bukit2 di Kundasang. 








Ini shortcut yang dmaksudkan. Kena lalu jalan simen kecil dan jambatan gantung. 


Risau juga masa naik jambatan ni. Risau handle melekat pada pagar dawai. Jauh juga nampak nya masa lihat sungai kecil dibawah. hahah. Tak pernah2 buat benda macam ni. Tapi ok la sebab ada pengalaman unik dalam jelajah kali ini.


Tugu istimewa di Kundasang


Ronda2 dan lepak sekejap di Kundasang. Sempat pula berbual2 dengan orang tempatan. Banyak info dikongsikan .. termasuk kawasan sekitar dan Sabah secara menyeluruh.


Sempat ronda ke ladang TEH


The Red park dan bersedia untuk jelajah hari berikutnya

Ronda2 di kawasan LEMBU














Akhirnya The RED sampai juga ke Sabah





3 comments:

  1. Info yg menarik tentang negeri dibawah bayu... Best juga bergerak secara solo, tapi perlu ada ketahanan fizikal dan mental... ...

    ReplyDelete
  2. Info yg menarik tentang negeri dibawah bayu... Best juga bergerak secara solo, tapi perlu ada ketahanan fizikal dan mental... ...

    ReplyDelete
  3. sekadar info utk semua orang la.
    Xpe kawan; kalau ride santai2 n ala2 melancong boleh je tu sbb kalau nak stop atau rehat ke.. rehat je. heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...