Followers: Layan Terus . . .

My LB Adds

10.7.16

Matang Family Park, Kuching - Masa bersama keluarga





Matang Family Park. Ini info yang saya saja nak share untuk korang yang rasa2 nak cari tempat mandi di sekitar Kuching. Mungkin kalau dari sekitar kuching mengambik masa sekitar 30 minit utk sampai ke sana. Paling elok.. google je arah ke sana. 
Ini pintu masuk ke sana. Park kereta anda dan bayaran tiket adalah RM2 utk seorang. Bila anda turun ke bawah; bahagian air.. anda ada pilihan sama ada ke atas atau kebawah utk pilihan tempat2 mandi.

Ini tandas @ tempat persalinan anda. Kalau malu2 nak tukar pakaian di bawah; tukar je kat sini.

Ini ke arah bahagian hilir sungai


Apa nak bawa? Bawa la pakaian mandi dan pakaian persalinan anda. Beli la sedikit makanan ringan. Kalau nak panggang2 pun ok juga; di sana ada disediakan tempat utk panggang. Pada masa lawatan saya, arang kayu pun ada dijual disana. Paling elok beli hotdog dan sayap ayam la.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...